Dua gol penalti bantu kemenangan Man United

Dua gol penalti bantu kemenangan Man United

PENYERANG Manchester United, Marcus Rashford mengambil sepakan penalti pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Everton di Old Trafford.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United kembali ke landasan kemenangan selepas menewaskan Everton 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Old Trafford itu, United memperolehi dua gol pada babak pertama masing-masing menerusi jaringan sepakan penalti disudahkan Bruno Fernandes dan Marcus Rashford pada minit ke-12 dan 36.

Begitupun, Everton cuba bangkit terutama pada babak kedua namun gagal menembusi benteng pertahanan United sekali gus memberikan tiga mata berharga buat skuad Red Devils.

Kemenangan itu menyaksikan United kini dibezakan tiga mata daripada pasukan tangga kelima, Tottenham Hotspur dan lapan mata di belakang Aston Villa yang menghuni kedudukan keempat.

United kini mengumpul 47 mata hasil daripada 15 kemenangan, dua seri dan tewas 11 kali dalam 28 perlawanan untuk menghuni tangga keenam.

Untuk rekod, skuad kendalian Erik ten Hag sebelum ini tewas dalam dua aksi terakhir mereka dalam liga apabila tunduk 1-3 kepada Manchester City dan 1-2 di tangan Fulham.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya