Azim sedia pikat hati Cheng Hoe

Azim sedia pikat hati Cheng Hoe

AZIM Al Amin bersedia untuk menjadi penjaga gol nombor satu Selangor FC biarpun bakal berdepan saingan sengit tiga pencabar lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Memilik empat penjaga gol berstatus pemain kebangsaan menjadikan persaingan di benteng terakhir Selangor FC bagi harungi Liga Malaysia (Liga M) dan Liga Juara-Juara 2 (ACL 2) musim depan bertambah menarik.

Ketika ini, tiga penjaga gol The Red Giant, Khairulazhan Khalid, Sam Somerville dan Sikh Izhan Nazrel bakal berdepan satu lagi cabaran terutamanya dengan kehadiran tonggak skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Azim Al Amin.

Untuk rekod, Khairulazhan sebelum ini pernah bergelar penjaga gol nombor satu Harimau Malaya dan Somerville juga pernah beberapa kali dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan serta Sikh Izhan sebahagian skuad di Piala Asia 2023.

“Setiap penjaga gol memiliki kelebihan tersendiri namun kelebihan saya adalah saya suka bersuara setiap kali berada dalam padang. Sudah pasti saya berharap dapat bantu Selangor dan jika diberi peluang saya mahu lakukan sehabis baik.

“Saya juga bangga dalam bermain dibawahnya (Tan Cheng Hoe) kerana dia pun pernah bawa (bimbing) Malaysia. Pemain senior juga membantu saya tetapi kalau ikutkan saya sudah kenal ramai pemain daripada skuad B-23.

“Buat peminat, terima kasih kerana penyokong Selangor dan menyambut kehadiran saya bersama pasukan ini,” kata Azim yang menganggotai skuad B-23 kendalian Juan Torres Garrido.

Situasi ini menghadirkan persaingan sihat diantara pemain khususnya bagi memastikan pasukan berada dalam keadaan terbaik khususnya bagi menghadapi saingan mencabar di pentas ACL 2.

Sebelum ini, Selangor sudah pun membawa masuk tiga bintang import, Alvin Fortes, Ronnie Fernandez, Umar Eshmurodov dan pemain kebangsaan, Nooa Laine untuk menguatkan pasukan itu musim depan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya