Selangor sentiasa dalam kepala Cheng Hoe

Selangor sentiasa dalam kepala Cheng Hoe

TAN Cheng Hoe bakal menggalas tugas sebagai ketua jurulatih di sebuah kelab di liga Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meskipun saingan Liga Malaysia (Liga M) dalam ‘mood’ cuti panjang apabila penstrukturan semula piramid bola sepak domestik dilakukan musim ini namun pasukan Selangor sentiasa ‘bermain’ dalam minda Tan Cheng Hoe.

Pengendali Red Giants itu mengakui dirinya sentiasa berfikir bagaimana untuk meningkatkan prestasi pemain dan pasukan, selain taktikal-taktikal yang boleh diterapkan serta memberi impak lebih besar musim ini.

Jelasnya yang ketika ini sedang bercuti panjang bersama keluarga berkata, pada 5 Februari ini pasukan akan berkumpul semula dan perancangan pra musim akan dirangka walaupun ia dilihat masih terlalu awal kerana Liga Malaysia (Liga M) bakal membuka tirai Mei nanti.

“Sebagai jurulatih bukan saya sahaja tapi rasanya semua jurulatih seluruh dunia yang membawa pasukan akan berfikir tentang pasukan walaupun sedang bercuti.

“Ini tugas dan tanggungjawab kita sebagai jurulatih. Tentunya saya sentiasa mencari cara untuk tingkatkan prestasi pemain dan pasukan untuk menjadi lebih baik lagi.

“Untuk perancangan pra musim, kita belum bincang kerana segalanya bergantung kepada bajet pasukan musim ini kerana kita tahu saingan liga lebih panjang selain kita bermain di Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2, yang tentukan memerlukan perbelanjaan lebih tinggi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Selangor boleh dikatakan kembali bangkit sejak dibawah kendalian Cheng Hoe yang juga merupakan bekas ketua jurulatih Harimau Malaya selepas berdepan kemerosotan prestasi sebelum ini.

Kejayaan mara ke ACL2 biarpun gagal memenangi sebarang trofi musim ini selepas disapu bersih oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap membanggakan para penyokong Selangor.

Sementara itu, Cheng Hoe turut meluahkan rasa lega kerana hampir 90 peratus keseluruhan pemain dalam pasukan musim lepas dikekalkan. 

“Pemain tempatan tiada pertukaran selain kebanyakkan pemain-pemain musim lepas dikekalkan ia memudahkan dalam membentuk keserasian pasukan.

“Untuk memastikan pemain kekal cergas, kita sudah sediakan program untuk mereka sepanjang cuti panjang ini,” jelasnya yang mengakui kemungkinan besar hanya rombakan kecil berlaku dalam pasukan dengan pertambahan import baharu sahaja.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya