United dibuli Bournemouth sehingga tewas 0-3 di Old Trafford

United dibuli Bournemouth sehingga tewas 0-3 di Old Trafford

Barisan pemain Manchester United menahan malu apabila ditewaskan Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi. (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United kembali mengalami kekalahan selepas diabkan Bournemouth 0-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Old Trafford sebentar tadi.

Bournemouth yang dibimbing Andoni Irola tidak perlu menunggu lama apabila Dominic Solanke hanya memerlukan empat minit selepas wisel permainan dibunyikan untuk meletakkan pasukannya di hadapan selepas menolak masuk hantaran rakan sepasukan.

Solanke hampir lagi menambah koleksi jaringan keduanya dalam perlawanan ini pada minit ke 39, namun rembatan kaki kanannya hanya mengenai tiang gol United tatkala Onana sudah pun tertewas.

Aksi di babak kedua menyaksikan United melancarkan serangan bertubi-tubi ke kubu Bournemouth untuk mencari gol penyamaan, namun pelawat kental bertahan.

Philip Biling terus menceriakan kem pelawat apabila menyambar bola hantaran Marcus Tavanier untuk kedudukan menjadi 2-0 pada minit ke 69.

Bournemouth terus mengukuhkan kedudukan mereka lima minit kemudian, apabila Marcos Senesi menanduk tepat bola hasil sepakan penjuru untuk gol ketiga pelawat.

Malang terus berganda buat tuan rumah apabila kapten pasukan, Bruno Fernandes dilayangkan kad kuning dan bakal digantung daripada beraksi menentang Liverpool pada 18 Disember depan.

Bournemouth hampir menambah luka United dengan gol keempat pada masa tambahan menerusi remabatan Dango Outtara, namun video bantuan pengadil (VAR) berjaya mengesan bola terkena tangan pemain itu terlebih dahulu sebelum menerjah jaring, sekaligus gol tersebut tidak dikira.

Begitupun Bournemouth masih boleh tersenyum lebar dengan kemenangan 3-0, memandangkan ini merupakan kemenangan pertama mereka ke atas United di Old Trafford.

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.