Tze Yong perlu mula jadi juara untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024

Tze Yong perlu mula jadi juara untuk jamin tempat ke Sukan Olimpik Paris 2024

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan mahu ayam tambatannya, Ng Tze Yong mula menyambar gelaran juara bagi mencerahkan peluang layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 lebih awal biarpun tarikh kelayakan ke temasya itu hanya akan tamat pada 28 April tahun hadapan.

Berdasarkan congakan Hendrawan bersama pakar analisa di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Tze Yong akan mengharungi empat kejohanan penting pada Januari depan, keputusan di semua kejohanan tersebut bakal jadi penentu sama ada meraih tiket ke temasya sukan terbesar dunia itu dengan selesa ataupun sebaliknya.

Kempen 2024 Tze Yong untuk mengukuhkan kedudukan rankingnya akan bermula di Terbuka Malaysia (9-14 Januari), disusuli Terbuka India (16-21 Januari), Masters Indonesia Masters Indonesia (23 hingga 28 Januari) serta Masters Thailand (30 Januari hingga 4 Februari).

Berdasarkan format kelayakan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), sebuah negara hanya boleh menghantar dua wakil dalam acara perseorangan lelaki/wanita jika pemain negara itu berada dalam kelompok 16 terbaik ranking kelayakan Sukan Olimpik.

Setakat ini, Tze Yong berada di tangga ke 13, tiga anak tangga di bawah abang segurunya, Lee Zii Jia.

“Dia sudah berjaya layak ke suku akhir, separuh akhir dan final, cuma belum menjadi juara. Kalau boleh menjadi juara, sudah tentu peluang beraksi di Olimpik menjadi lebih besar.

“Sementara ini, kita masukkan dulu nama (menyertai kejohanan). Jika empat kejohanan awal nanti hasilnya bagus, mungkin kita boleh kurangkan kejohanan-kejohanan akan datang,” kata Hendrawan.

Selain itu, Mac juga bakal menjadi bulan yang cukup sibuk buat Tze Yong apabila dijangka akan menyertai tiga kejohanan utama antaranya Terbuka Perancis, Seluruh England (All England) dan Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang bakal menjadi kempen kelayakan yang terakhir buat Tze Yong ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Untuk Mac nanti, dia juga akan menyertai kejohanan Terbuka Perancis dan All England yang boleh dikatakan sangat penting. Paling akhir (kelayakan Olimpik) nanti adalah Kejohanan Badminton Asia,” jelas Hendrawan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya