SJ Virtuosos FC juarai Liga M5 Putrajaya

SJ Virtuosos FC juarai Liga M5 Putrajaya

PASUKAN SJ Virtuosos FC muncul juara Liga Bola Sepak M5 Putrajaya 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pasukan SJ Virtuosos FC muncul juara Liga Bola Sepak M5 Putrajaya 2023 selepas berjaya membenam cabaran Sungai Merab FC 2-1 pada pentas final yang berlangsung di Stadium Pancarona, di sini semalam.

Kejayaan itu membolehkan SJ Virtuosos FC membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM8,000 beserta piala iringan dan medal, manakala Sungai Merab FC membawa pulang RM5,000 beserta medal.

Dalam aksi final itu, SJ Virtuosos FC berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-25 menerusi Muhamad Asmawi Yakin sebelum Muhammad Adnan Awal Hisham menggandakan kedudukan menjadi 2-0 pada minit ke-47.

Gol saguhati Sungai Merab FC dijaringkan Muhammad Nur Danish Nor Azam pada minit ke-52, keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan, sekali gus SJ Virtuosos FC muncul juara dan layak ke Liga M4 musim hadapan.

KEDUA-dua pasukan bergambar sebelum aksi final Liga Bola Sepak M5 Putrajaya berlangsung di Stadium Pancarona di Putrajaya.

Ketua Pegawai Operasi Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad ketika ditemui berkata, dia berpuas hati dengan kualiti yang dipamerkan oleh pasukan yang menyertai Liga Bola Sepak M5 Putrajaya tahun ini.

“Seperti aksi final, saya dapat saksikan persaingan yang cukup sengit dan berkualiti. Ini yang kita mahukan, tahniah kepada kedua-dua pasukan yang memberikan persembahan yang cukup baik, namun adat permainan ada kalah dan ada yang menang.

“Bagi saya, Liga M5 Putrajaya ini sudah dua tahun berturut-turut dapat melahirkan pasukan dan pemain yang berkualiti untuk diangkat ke Liga M4 dan M3. Jadi, saya harap ia dapat dikekalkan pada masa akan datang, Ini satu perkara yang positif,” katanya.

KETUA Pegawai Operasi Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad (dua dari kiri) turut hadir menyaksikan aksi final Liga Bola Sepak M5 Putrajaya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Putrajaya (Putrajaya FA), Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim berkata, selaku penganjur, pihaknya gembira dengan kualiti yang ditampilkan pasukan yang menyertai Liga M5 musim ini.

“Tahniah kepada SJ Virtuosos FC yang muncul selaku juara dan layak ke Liga M4 musim depan. Untuk Sungai Merab FC pula, mereka boleh mencuba nasib untuk ke M4 menerusi perlawanan ‘play-off’,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya