Serangan balas, set piece jadi senjata Harimau Malaya

Serangan balas, set piece jadi senjata Harimau Malaya

SKUAD Harimau Malaya ketika menjalani latihan di Wisma FAM pada Januari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengakui pasukannya perlu bekerja keras di barisan pertahanan kerana dia menjangkakan lawan yang akan dihadapi di Piala Asia nanti akan melakukan serangan habis-habisan untuk mencari gol.

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu berkata, dia akan memberikan tumpuan untuk membentuk pertahanan mantap dalam kem latihan pusat Harimau Malaya yang bermula kelmarin selain menyusun taktikal terbaik berdasarkan kemampuan lawan di Piala Asia nanti.

Pan Gon berkata, barisan kejurulatihan juga akan melihat kepada aspek serangan balas yang boleh memerangkap lawan selain merencanakan strategi terbaik dalam situasi memanfaatkan peluang menerusi ‘set piece’ untuk menghasilkan gol.

KIM Pan Gon mengendalikan sesi latihan Harimau Malaya di Wisma FAM

“Berdasarkan lawan di Piala Asia, saya jangka lawan akan serang kita untuk hasilkan gol. Jadi, bahagian pertahanan perlu bekerja keras dalam kejohanan ini, kita kena pastikan bahagian ini di prestasi terbaik. Kita juga perlu melihat serangan balas untuk jaringkan gol.

“Kita kena lebih fokus kepada set piece kerana melalui kaedah ini kita boleh hasilkan gol. Barisan kejurulatihan juga akan pastikan para pemain kekuatan fizikal dan kelajuan. Jadi, kami kena melakukan persediaan yang banyak untuk kejohanan ini,” kata Pan Gon.

Sementara itu, Pan Gon juga mengakui Harimau Malaya akan berdepan cabaran besar berdepan dua pasukan Timur Tengah, Jordan dan Bahrain dalam dua perlawanan pertama kerana lawan seolah-olah bermain di laman sendiri di Qatar nanti.

KIM PAN GON

“Cabaran besar adalah pada dua perlawanan pertama menentang pasukan Timur Tengah, bermain di Qatar mereka ibarat bermain di rumah sendiri jadi mental kami harus kuat.

“Kami tahu penyokong tidak ramai ketika itu tetapi mereka ada dalam hati kami, selain itu kami harus tanamkan semangat patriotisme dalam diri kerana kami bukan sahaja bermain bola tetapi membawa nama Malaysia di pentas besar seperti ini,” katanya.

Dalam masa yang sama, Pan Gon turut menasihatkan para pemain supaya sentiasa merendah diri dan tidak memandang rendah pihak lawan pada kempen Piala Asia nanti.

“Kita belajar daripada kejohanan sebelum ini supaya tidak terlalu yakin, harus ada perasaan rendah diri dan juga menghormati pihak lawan. Saya percaya gabungan pemain muda dan berpengalaman dalam skuad ini adalah kombinasi yang baik.” katanya.

Di Piala Asia nanti, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan E bersama gergasi Asia Korea Selatan, Jordan dan Bahrain dengan aksi pertama turun berdepan Jordan pada 15 Januari ini di Stadium Al Janoub.

Selepas itu, skuad Harimau Malaya akan meneruskan kempen bertemu Bahrain pada 20 Januari di Stadium Jassim Bin Hamad sebelum menutup saingan peringkat kumpulan dengan Korea Selatan lima hari kemudian di Stadium Al Janoub.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya