Piala Malaysia: JDT, Terengganu sama kuat di babak pertama

Piala Malaysia: JDT, Terengganu sama kuat di babak pertama

PEMAIN pertahanan Terennganu FC, Azam Azmi Murad cuba menghalang pergerakan Corbin Ong dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Terengganu FC berjaya mengimbangi penguasaan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam 45 minit pertama aksi final Piala Malaysia dengan kedudukan semasa terikat 1-1.

Dalam aksi di Stadium Nasional Bakit Jalil (SNBJ) itu, JDT terlebih dahulu berada di hadapan menerusi Bergson Da Silva yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit keenam.

Skuad kendalian Estaban Solari dihadiahkan sepakan penalti selepas, Fernando Forestieri dijatuhkan oleh pertahanan Terengganu FC, Azam Azmi Murad di dalam kotak penalti.

Tersentak dengan jaringan awal JDT itu, Terengganu mula memperkemaskan rentak permainan dan mula melancarkan serangan balas ke pintu gol JDT yang dikawal Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Pada minit ke-21, giliran Terengganu pula dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil, S. Logeswaran selepas Ivan Mamut dijatuhkan oleh kapten JDT, Jordi Amat di dalam kotak penalti.

Mamut yang diamanahkan mengambil sepakan itu merembat deras ke sebelah kiri gol, sekali gus menumpaskan Ahmad Syihan Hazmi yang juga merupakan penjaga gol Harimau Malaya.

Kedudukan kembali seimbang 1-1 dan situasi itu menyebabkan skuad Harimau Selatan mula melancarkan gerakan demi gerakan untuk meletakkan mereka kembali dihadapan.

Peluang terbaik JDT hadir pada minit ke-43 menerusi Heberty Fernandes, namun penyerang import dari Brazil itu merembat tinggi biarpun mendapat umpanan cukup cantik daripada Arif Aiman Hanapi di dalam kotak penalti.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya