Penalti shoot-out hampakan Young Tigers

Piala Dunia Hoki Remaja 2023: Penalti shoot-out hampakan Young Tigers

PENJAGA gol Young Tigers, Mohamad Rafaizul gagal menangkis jaringan pemain Belgium, Luyten Max dalam perlawanan penentuan tempat kesembilan hingga ke-12 Piala Dunia Hoki Remaja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad hoki muda negara tewas kepada Belgium 3-5 menerusi penentuan penalti shoot-out selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam perlawanan penentuan tempat ke-9/12 pada Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, dekat sini, hari ini.

Kedua-dua pasukan memulakan aksi dengan persembahan seimbang selepas Young Tigers dan Belgium saling berbalas serangan pada awal perlawanan dan keputusan kekal 0-0 sehingga suku pertama berakhir.

Hujan lebat yang mula membasahi padang pada suku kedua perlawanan sama sekali tidak mengganggu rentak permainan kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, pintu gol Malaysia akhirnya bocor pada minit ke-28 menerusi Max Luyten hasil jaringan padang, ketika Young Tigers terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas penyerang negara, Che Nur Aqirullah Che Mohd Khairulzi Anwar dilayangkan kad hijau.

Keputusan kekal Young Tigers ketinggalan 0-1 sebaik wisel penamat suku kedua dibunyikan pengadil perlawanan.

Permainan separuh masa kedua terpaksa ditunda kira-kira 40 minit selepas dua suku pertama berakhir, ekoran hujan yang turun masih
belum reda.

Sebaik perlawanan disambung semula, gawang Young Tigers yang dikawal Mohamad Rafaizul Mohamad Saini dibolosi lagi menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Hugo Labouchere pada minit ke-36.

Tersentak dengan jaringan tersebut, anak-anak buah Muhammad Amin Rahim bangkit apabila merapatkan jurang gol kepada 1-2, selepas serangan pantas Young Tigers ke kubu Belgium berjaya diledakkan oleh Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari selang seminit selepas itu.

Malaysia yang terdesak untuk mencari gol penyamaan tidak mudah berputus asa apabila berusaha keras melancarkan serangan demi serangan ke kubu skuad bimbingan Jeroen Baart.

Usaha yang tidak mengenal erti putus asa itu akhirnya membuahkan hasil apabila Malaysia dihadiahkan penalti stroke ketika situasi kelam kabut berlaku di depan pintu gol Belgium.

Penalti stroke tersebut berjaya disempurnakan oleh Mohammad Harris Iskandar Osman pada minit ke-51 dan sekali gus, mengikat Belgium dengan keputusan 2-2.

Young Tigers bakal berdepan sama ada Afrika Selatan atau New Zealand bagi perebutan tempat ke-11/12, Jumaat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya