Saya tak petik sesiapa, tapi diminta padam 'posting'- Zila Bakarin - Utusan Malaysia

Saya tak petik sesiapa, tapi diminta padam ‘posting’- Zila Bakarin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Zila Bakarin, 51, memaklumkan dia tidak memetik mana-mana pihak dalam perkongsian di media sosialnya baru-baru ini.

Justeru Zila atau nama sebenarnya, Rosmawati Bakarin berasa hairan apabila diminta memadam perkongsian berkenaan.

“Saya tak petik nama sesiapa, tak sebut sesiapa, tapi diminta padam ‘posting’,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu Zila memuat naik perkongsian yang seolah-seolah menyindir segelintir pihak.

Zila, dengan tidak menyebut mana-mana pihak, mempersoalkan tindakan mengundang penyanyi Indonesia dalam sesebuah konsert.

Pelakon drama Dendam Aurora itu dalam masa yang sama memaklumkan dia telah pun memadam perkongsian berkenaan.

“Kuat sentap ya engkau orang, aku dah padam. Semoga tidur lena ya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini