Malaysia wajib tundukkan Ireland

Malaysia wajib tundukkan Ireland

MUHAMMAD Addeen Idrakie ketuai skuad lelaki kebangsaan pada Kejuaraan Skuasy Dunia Berpasukan Lelaki di Tauranga, New Zealand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad negara membawa misi wajib menang ke atas Ireland dalam aksi pembukaan Kumpulan A pada Kejuaraan Skuasy Dunia Berpasukan Lelaki di Tauranga, New Zealand, hari ini.

Malaysia yang kehilangan khidmat pemain No. 18 dunia, Ng Eain Yow ekoran masalah visa, akan diketuai Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar dengan sokongan beberapa pemain muda iaitu C. Ameeshenraj, Sanjay Jeeva dan Hafiz Zhafri.

Berdepan Ireland, skuad kebangsaan perlu memastikan kemenangan ke atas pasukan Eropah itu jika berhajat untuk melangkah lebih jauh melepasi peringkat kumpulan.

Ini kerana hanya dua pasukan terbaik Kumpulan A yang mampu mara ke peringkat seterusnya dan dalam pertemuan berikut, Malaysia perlu mengharungi ujian lebih getir berdepan juara bertahan, Mesir.

Addeen berkata, sebagai pemain paling senior, dia berjanji memberikan yang terbaik bagi menyuntik motivasi dan berkongsi pengalaman dengan rakan sepasukan yang lebih muda.

“Saya sedar kehadiran saya untuk membantu pemain-pemain muda ini baik di dalam mahu pun di luar gelanggang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) di sini, semalam.

Mengulas menjelang pertemuan menentang Ireland, pemain berusia 29 tahun itu memberitahu, berdasarkan ranking, skuad negara muncul sebagai pilihan untuk melakar kemenangan.

“Saya yakin kami mampu bermain baik dan mengatasi tekanan sewaktu beraksi menentang Ireland nanti.

“Apa yang penting ialah semangat berpasukan yang mantap amat penting dalam acara berpasukan ini,” ujarnya.

Kali terakhir Kejuaraan Dunia Berpasukan Lelaki dianjurkan ialah pada 2019 dan ekoran wabak Covid 19, pertandingan dua tahun sekali itu hanya kembali diadakan pada tahun ini.

ends.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya