FIFA iktiraf Arif Aiman, jangka Harimau Malaya 'meletup' di Piala A

FIFA iktiraf Arif Aiman, jangka Harimau Malaya ‘meletup’ di Piala Asia

ARIF Aiman Hanapi (kanan) , Faisal Halim dan Akhyar Rashid menjadi trio serangan terbaik dimiliki Harimau Malaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengiktiraf Arif Aiman Hanapi sebagai antara lima bintang bakal menjadi tumpuan pada Piala Asia di Qatar, bulan depan.

Selain itu, badan induk bola sepak dunia itu turut menjangkakan Harimau Selatan akan menjadi ancaman ‘ancaman besar’ buat semua pasukan dalam kempen berkenaan .

“Malaysia kini muncul sebagai kuasa baharu di Asia Tenggara. Harimau Malaya hanya memenangi tiga daripada 10 perlawanan sebelum ketibaan jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan Gon, tetapi kemudian memenangi 18 daripada 27 perlawanan.

“Mereka (Malaysia) turut membuat permulaan baik untuk kelayakan Piala Dunia 2026 dengan memenangi dua perlawanan awal Kumpulan D.

“Paling ketara, mereka bangkit daripada ketinggalan 1-3 ketika menentang Kyrgyzstan sebelum menang 4-3. Tunjang kejayaan itu ialah Arif Aiman, yang merekodkan tiga bantuan gol dalam kemenangan dramatik itu,” kata FIFA di laman web badan induk dunia itu.

FIFA turut mengakui nama Arif Aiman mula menjadi perhatian antarabangsa ketika pemain sayap itu meledak gol pada aksi persahabatan menentang kelab Bundesliga, Borussia Dortmund hujung tahun lalu.

“Pemain berusia 21 tahun itu beraksi bersama kelab gergasi Malaysia, JDT dan meledak lapan gol dan mencipta 13 bantuan gol dalam 23 perlawanan musim ini.

“Dia menjadi terkenal selepas menjaringkan gol dalam perlawanan persahabatan menentang Borussia Dortmund akhir tahun lalu dan meningkat secara berterusan untuk menjadi salah satu prospek paling menarik di Malaysia”,” kata FIFA- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya