Darren puas julang Sabah FC

Darren puas julang Sabah FC

PENYERANG Sabah FC, Darren Lok ketika beraksi menentang Hougang United dalam kempen Piala AFC 2023 .-IHSAN SABAH FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyerang Sabah FC, Darren Lok berpuas hati dapat membantu skuad Sang Badak mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Hougang United, sekali gus ke melayakkan diri ke separuh akhir zon ASEAN Piala AFC.

Darren berkata, biarpun aksi peringkat kumpulan masih berbaki satu perlawanan, Sabah FC sudah melayakkan diri ke peringkat kalah mati dan itu merupakan satu pencapaian yang sangat bermakna buat dirinya dan pasukan.

“Layak ke peringkat seterusnya dengan berbaik satu perlawanan adalah sesuatu yang baik dan kami berharap untuk terus mempamerkan permainan yang terbaik untuk pasukan dan terus mengharumkan nama negara.

“Ini merupakan satu pencapaian yang tinggi buat Sabah. Kami akan meneruskan momentum ini bagi memastikan pasukan sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya selepas aksi di Stadium Jalan Besar, kelmarin.

Dalam perlawanan tersebut, Darren menghadiahkan Sabah satu jaringan menerusi sepakan penalti, manakala tiga gol lagi dihasilkan oleh dua jaringan sendiri pemain Hougang United dan satu gol daripada rembatan Ramon Machado.

Darren yang juga merupakan penyerang Harimau Malaya turut memuji rakan sepasukan yang sentiasa menghasilkan peluang-peluang dan menyempurnakannya dengan baik untuk membantu pasukan meraih kemenangan.

“Apabila pasukan bermain dengan baik, peluang akan sentiasa datang dan sebagai pemain amat penting untuk menyempurnakan setiap peluang dan gol-gol yang terhasil amat penting buat pasukan,” katanya.

Dengan kemenangan selesa 4-1 ke atas Hougang United itu, Sabah sudah mengesahkan kedudukan mereka ke separuh akhir Piala AFC zon ASEAN selaku juara kumpulan H setelah mengumpul 12 dari lima perlawanan.

Sabah akan mengharungi aksi terakhir peringkat kumpulan berdepan PSM Makassar di Stadium Likas pada 14 Disember ini manakala Hai Phong menerima kunjungan Hougang United.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya