Azizul kembali daripada kecederaan, raih pingat perak di Australia

Azizul kembali daripada kecederaan, raih pingat perak di Australia

Azizulhasni Awang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terus menunjukkan dia masih lagi permata terbaik sukan Malaysia apabila meraih pingat perak acara keirin di Kejohanan Australia Wheel Race di Melbourne semalam.

Ini merupakan kejohanan pertama yang disertainya selepas mengalami kecederaan pada September lalu sehingga terpaksa menarik diri daripada beraksi di Sukan Asia Hangzhou 2023.

Biarpun baru pulih daripada kecederaan, Azizul, 35 tahun berjaya memberikan tentangan sengit kepada pelumba tuan rumah, Thomas Cornish yang menamatkan perlumbaan sebagai juara.

Pingat gangsa milik seorang lagi pelumba harapan negara, Muhammad Shah Firdaus Shahrom, sementara Muhammad Fadhil Zonis berada di tempat kelima.

Dalam acara keirin wanita pula, Nurul Izzah Izzati turut menggembirakan kem Malaysia apabila meraih pingat perak.

Juara milik pelumba tuan rumah, Kristina Clonan sementara Selina Ho meraih pingat gangsa.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya