Sabah mara ke separuh akhir zon ASEAN Piala AFC

Sabah mara ke separuh akhir zon ASEAN Piala AFC

STATISTIK perlawanan antara Sabah FC dan Hougang United dalam saingan Piala AFC 2023.-Ihsan AFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sabah FC mengesahkan tempat ke separuh akhir zon ASEAN Piala AFC apabila muncul juara Kumpulan H selepas menumpaskan kelab Singapura, Hougang United 4-1, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Sabah mengumpul 12 mata hasil empat kemenangan dan tewas sekali, manakala Hai Phong FC dan PSM Makassar yang berkongsi tujuh mata  di tangga kedua dan ketiga.

Dalam aksi di Stadium Jalan Besar itu, skuad Sang Badak berada di hadapan pada minit ke-16 selepas pemain Hougang United, Naoki Kuriyama tertampan bola hantaran Daniel Ting ke gawang sendiri.

Bagaimanapun, perlawanan tertangguh seketika akibat petir dan selepas perlawanan bersambung, Sabah dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-44 apabila Nazrul Nazari mengasari Cifuentes.

Penyerang Harimau Malaya, Darren Lok  tenang menyempurnakan sepakan itu, sekali gus menutup babak pertama dengan kelebihan 2-0 buat skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Bersambung babak kedua, Sabah terus mempamerkan penguasaan apabila  Ramon Machado meledak gol ketiga pada minit ke-50.

Malam serba tidak menjadi buat Hougang United apabila Anders Aplin tertampan bola hantaran Rizal Ghazali ke gawang sendiri pada minit ke-77 sebelum Gabriel Quak meledak gol saguhati pasukannya pada masa kecederaan.

Sabah akan mengharungi aksi terakhir peringkat kumpulan berdepan PSM Makassar di Stadium Likas, 14 Disember ini manakala Hai Phong menerima kunjungan Hougang United.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN