Jelajah Golf US Kids di Malaysia berlangsung meriah

Jelajah Golf US Kids di Malaysia berlangsung meriah

SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai U.S. Kids Golf Malaysia Local Tour 2023
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia (SportExcel) selesai menganjurkan U.S. Kids Golf Malaysia Local Tour ke-3 dan ke-4 yang berlangsung di Penang Golf Resort, Bertam pada 19 hingga 20 November lalu.

Kejohanan yang ditamatkan dalam sama sehari bagi setiap penganjuran itu berjaya menarik seramai 90 peserta remaja berumur 5 higga 18 tahun untuk penganjuran kali ketiga manakala, bagi penganjuran keempat berjaya menarik 77 orang peserta.

Kejohanan pada 19 November berlangsung dengan sengit pada lubang 18 dalam kategori Lelaki 10 membabitkan Aoran Zhang (China) dan Arrihan Rudra Anilarasu (Malaysia) yang terikat dengan mata 74 sebelum wakil China itu menang dengan birdie.

Bagi kategori lelaki 9, pemain pemain terikat dengan 86 mata iaitu Che Faidh Amsyar Faizul (Malaysia), Mandos Ng Min Cu (Malaysia) dan Adam Ilman Mohd Syazwani (Malaysia), sebelum kemenangan berpihak kepada Che Faid dengan Par.

Sementara itu, terdapat dua pemain yang telah mencapai Keutamaan Tahap Status 14 untuk layak beraksi di Kejohanan di Pinehurst, Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS) iaitu Logan He dari AS dan Glory-Lily Hong (Jerman) dari Jerman.

Siri jelajah berkenaan telah dijayakan oleh Bermaz Motor Trading Sdn. Bhd., yang merupakan pengedar dan peruncit kenderaan marque Mazda baharu dan terpakai serta penyediaan perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti di Malaysia.

Sebagai rakan penganjur jelajah, Mazda telah menyumbang wang tunai RM100,000, sekali gus membolehkan SportExcel menggabungkan program rebat tunai untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan kos penyertaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya