SGCC tersenarai 100 padang golf terbaik di Asia

SGCC tersenarai 100 padang golf terbaik di Asia

Padang Golf di SGCC tersenarai antara 100 lapangan terbaik di Asia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Saujana Golf and Country Club (SGCC) menjadi satu-satunya padang golf di Malaysia yang tersenarai dalam Majalah Golf yang menyenaraikan 100 padang golf terbaik di rantau Asia Pasifik.

Senarai pertama yang diterbitkan tahun ini menyaksikan, SGCC yang telah lama ditubuhkan dan antara lapangan golf terulung di Malaysia menduduki tempat ke-86 daripada 100 padang.

Berada di kedudukan teratas ialah padang Royal Melbourne (West Course) di Australia yang merupakan reka bentuk Alister MacKenzie yang ditubuhkan sejak tahun 1926.

Di tempat kedua pula ialah padang Kingston Heath, juga dari Australia. Ia adalah susun atur yang dibuat oleh Dan Soutar pada tahun 1925 dan MacKenzie pada tahun 1926.

Kelab Golf Tara Iti di New Zealand pula berada di ranking ketiga dan ia merupakan reka bentuk yang dihasilkan oleh Tom Doak pada tahun 2015.

“Penarafan sulung padang golf terbaik di Asia Pasifik sudah lama tertangguh. Rantau ini bukan sahaja mempunyai gabungan seni bina unik, ia juga merupakan rumah kepada beberapa reka bentuk terbaik yang dibina abad ini,” kata ulasan majalah berkenaan.

Padang di rantau ASEAN lain turut dinyatakan dalam majalah berkenaan ialah Vietnam dan Thailand dengan masing-masing lapan dan enam padang.

Selain itu Nepal, Singapura, Indonesia dan Myanmar masing-masing mendapat satu penyenaraian bersama padang kelapa sawit yang terkenal di Saujana, yang sering dirujuk dalam industri golf sebagai padang Cobra.

Mengulas mengenai penyenaraian itu, Pengurus Besar SGCC, S. A. Nathan berkata, pihaknya berbesar hati dan berbangga kerana menjadi antara kelab golf elit di Asia.

“Seperti yang boleh dilihat oleh senarai itu, ia menampilkan padang golf yang diiktiraf di seluruh dunia, jadi untuk kami berada di antara mereka, dalam senarai yang sama, ia sememangnya satu penghormatan dan sesuatu yang amat kami banggakan.

“Ia sentiasa menjadi dasar kami untuk memastikan keadaan dan kemudahan permainan terbaik untuk ahli kami,” katanya-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya