Rhodict dan Jellson terlepas peluang sumbang pingat Sukan Asia

Rhodict dan Jellson terlepas peluang sumbang pingat di Sukan Asia

Bertrand Rhodict Anak-Lises beraksi dalam acara akhir 10 meter platform di Sukan Asia Hangzhou 2023. (FOTO: AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANGZHOU: Impian dua penerjun muda negara, Bertrand Rhodict Anak Lises dan Jellson Jabillin untuk menambah satu lagi pingat buat skuad Malaysia tidak kesampaian biarpun memberikan tentangan sengit dalam saingan 10 meter (m) platform individu hari ini.

Aksi yang berlangsung di Pusat Ekspo Sukan Olimpik Hangzhou menyaksikan Bertrand yang beraksi buat pertama kali di temasya ini menampilkan aksi terjunan yang memberangsangkan.

Tatkala dominasi China sukar untuk dipecahkan, Bertrand dan Jellson dilihat bersaing dengan peserta Jepun, Rikuto Tamai untuk mendapatkan pingat gangsa.

Begitupun kutipan mata akhir Bertrand iaitu 434.85 mata gagal untuk mengatasi catatan dilakukan Tamai iaitu 480.50 mata sekaligus terlepas peluang untuk meraih pingat di temasya ini.

Jellson pula akur berada di tempat kelima dengan kutipan 403.00 mata.

Emas milik peserta China Hao Yang dengan catatan 554.35 mata, dan rakan sepasukan Bai Yuming pula meraih pingat perak dengan catatan 495.55 mata.

Terdahulu, skuad terjun negara telah pun meraih satu pingat perak dan empat pingat gangsa di temasya ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya