Ahmad Zahid, Ismail Lasim tidak dititah menghadap Tuanku Muhriz

Ahmad Zahid, Ismail Lasim tidak dititah menghadap Tuanku Muhriz

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, beliau dan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim tidak pernah dititah untuk menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung polemik takhta yang berlaku di negeri itu.

Malah, Presiden UMNO itu berkata, pihaknya hanya mengetahui mengenai perkara itu melalui laporan media.

“Saya dan Menteri Besar Negeri Sembilan tidak pernah dititah untuk menghadap dan kami hanya mengetahui daripada media sahaja,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Pelaburan Penyelidikan dan Inovasi Universiti 2026 (URIIS 2026) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Tuanku Muhriz di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan dipercayai bagi membincangkan isu berkaitan takhta negeri itu.

Pertemuan itu berlangsung susulan perkembangan terbaharu membabitkan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berhubung hasil pertemuan tersebut.

Kelmarin, Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali, keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua Exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.

Bagaimanapun, Ismail berkata, kesemua 10 Ahli MMKN Negeri Sembilan masih sah untuk terus menjalankan tugas dan tiada keperluan mengemukakan senarai pelantikan baharu.

Ismail menjelaskan, perkara itu berdasarkan tafsiran perundangan terhadap Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959, khususnya berkaitan kuasa eksekutif dan kedudukan Exco. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×