Kanak-kanak, remaja semarak sambutan Hari Malaysia

Kanak-kanak, remaja semarak sambutan Hari Malaysia

PESERTA Program Hari Malaysia Peringkat Komuniti Tali Air, Kampung Gertak Kechupu Teras, Kubang Kerian, yang diadakan di Dataran Tali Air Wakaf Ustaz Zul, Kubang Kerian Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cuti Hari Malaysia baru-baru iin dimanfaatkan dengan pengisian bermakna apabila kanak-kanak dan remaja sekitar Kota Bharu menyertai Program Hari Malaysia Peringkat Komuniti Tali Air, Kampung Gertak Kechupu Teras, Kubang Kerian, Kelantan.

Program yang diadakan di Dataran Tali Air Wakaf Ustaz Zul bermula pukul 8.30 pagi itu turut menghimpunkan golongan dewasa dan warga emas dalam suasana meriah sempena sambutan Hari Malaysia.

Pengisian program turut melibatkan kanak-kanak dan murid dari sekolah berhampiran, antaranya Sekolah Kebangsaan Mentuan, Sekolah Kebangsaan Raja Bahar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti.

Majlis turut diserikan dengan persembahan cilik Ahmad Fahim Wafiyyuddin, 11, murid Sekolah Kebangsaan Mentera yang membuka tirai persembahan dengan menyampaikan lagu popular Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Warisan.

Ahmad Fahim kemudiannya menyampaikan sebuah lagi lagu, Korban Rindu, nyanyian popular Putera Bobo yang menjadi antara pengisian bagi menarik minat golongan kanak-kanak dan remaja menyertai aktiviti komuniti.

Program yang berlatarbelakangkan tali air dan hamparan sawah padi menghijau itu turut mewujudkan suasana unik dan santai dalam kalangan peserta.

Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Mentera yang juga pengerusi program, Zulkifli Hassan berkata, sambutan Hari Malaysia sebelum ini diadakan pada 31 Ogos, namun tahun ini dianjakkan ke 16 September berikutan kekangan masa.

Menurutnya, program berkenaan bukan sahaja bertujuan meraikan Hari Malaysia, malah menjadi wadah mengeratkan hubungan masyarakat serta menyemai semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

Dalam masa sama, program turut memberi penghargaan kepada seorang warga emas yang dipilih sebagai Tokoh Kemerdekaan Hari Malaysia sebagai tanda mengenang jasa dan sumbangan generasiterdahulu dalam membina masyarakat serta negara.

Penglibatan pelbagai peringkat usia dalam program berkenaan mencerminkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×