KBS sedia bantu kemelut gimnas Terengganu

KBS sedia bantu kemelut gimnas Terengganu

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia ‘menghulurkan tangan’ bagi membantu kemelut yang dihadapi Persatuan Gimnastik Terengganu yang berdepan sekatan daripada kerajaan negeri yang tidak membenarkan gimnas wanita bertanding mewakili negeri itu ekoran isu pakaian.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kod pemakaian atlet tidak seharusnya dijadikan satu penghalang kepada mereka untuk meneruskan impian terbabit dalam sukan-sukan tertentu.

“Jadi, saya telah menghubungi Presiden Persatuan Gimnastk Terengganu, Abdul Razak Mat Amin dan akan bertemu dengannya minggu depan bagi mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini.

“Saya akan berjumpa dengan beliau untuk kita tengok cara bantuan yang boleh kita berikan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) kepada atlet-atlet terlibat,” katanya selepas merasmikan Piala Petrina iaitu kejohanan gimnastik berirama antarabangsa yang menarik penyertaan 10 buah negara yang turut dihadiri Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria di sini, hari ini.

Hannah mengulas mengenai keputusan Kerajaan Negeri Terengganu yang melarang atlet gimnastik wanita di negeri itu daripada bertanding dalam Sukan Malaysia (Sukma) kerana pemakaian yang melanggar dari segi hukum syarak.

Menurut Hannah, atlet gimnastik di negeri itu sepatutnya diberi peluang yang sewajarnya untuk mengejar impian mereka tanpa sebarang sekatan.

“Saya juga difahamkan untuk sukan tertentu seperti gimnastik, pakaian merupakan isu keselamatan bagi mereka dan ia bukan sekadar untuk bergaya semata-mata.

“Pakaian gimnas adalah untuk memberi perlindungan dan juga keselesaan kepada atlet ketika bertanding,” ujarnya.

Beliau juga akan berjumpa dengan ahli keluarga dan atlet terlibat untuk berbincang bagi mencari penyelesaian terbaik.

Ini kerana katanya, daripada tiga gimnas yang dihubungi, ada dalam kalangan mereka ditawarkan berubah angin ke sukan lain iaitu wusyu dan terdapat juga yang bersekolah di negeri Pahang bagi membolehkan mereka terbabit dalam gimnastik.

Hannah berkata, kemelut yang melanda hanya melibatkan atlet Sukma kerana mereka dibiayai oleh kerajaan negeri, manakala, di peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) ia tidak menjadi masalah berikutan Kementerian Pendidikan yang menganjurkannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya