Jaringan Ronaldo jauh meninggalkan Messi

Jaringan Ronaldo jauh meninggalkan Messi

CRISTIANO Ronaldo (kanan) meraikan jaringannya ketika menentang Bosnia-Herzegovina dalam aksi Kumpulan J, kelayakan Euro 2024 di Stadium Bilino Polje, Zenica semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZENICA: Empat gol yang dihasilkan Cristiano Ronaldo dalam dua aksi kelayakan Kejohann Eropah (Euro) 2024 menjadikan bintang Portugal itu jauh meninggalkan pesaing utamanya, Lionel Messi dalam kedudukan penjaring antarabangsa terbanyak.

Sabtu lalu, dua gol Ronaldo membantu Portugal menum­paskan Slovakia 3-2 di Porto, sekali gus mengesahkan tiket ke ­Jerman.
Semalam, penyerang Al-Nassr tu sekali lagi meledak dua ­jaringan untuk mengetuai pesta gol Portugal yang membedil ­Bosnia Herzegovina 5-0 di Zenica.

Tiga lagi jaringan Portugal disempurnakan oleh Bruno Fernandes, Joao Cancelo and Joao Felix untuk meletakkan pasukan itu di tangga teratas Kumpulan J menerusi 24 mata, lapan mata mengatasi Slovakia.

Dengan penambahan empat gol, Ronaldo, 38, kini telah ­mengumpul 127 jaringan di ­pentas antarabangsa.

Jumlah tersebut menjauhkan dirinya daripada legenda Iran yang memegang rekod sebelum ini, Ali Daie (108) dan 23 gol ­mengatasi Messi (104).

Minggu lalu, semasa Argentina menentang Paraguay, Messi gagal menghasilkan jaringan.

Kapten Argentina itu berpeluang menambah gol apabila pasukannya kembali beraksi ­menentang Peru hari ini dalam kelayakan Piala Dunia 2026 zon Amerika Selatan.

Secara keseluruhan, Ronaldo telah menghasilkan sembilan gol tahun ini dan antara pemain ­paling produktif di peringkat antarabangsa.

“Satu lagi kemenangan dan permainan yang bagus daripada seluruh pasukan! Tempat pertama dalam kumpulan dijamin! Kami kekal kuat,” kata Ronaldo selepas perlawanan.

Selain meledak 127 gol antarabangsa, pemenang lima gelaran Ballon d’Or itu juga melakukan 45 umpanan dan memiliki 203 penampilan bersama Portugal.

Ronaldo juga mengatasi Erling Haaland dan Kylian Mbappe sebagai penjaring terbanyak tahun ini (buat negara dan kelab) ­dengan 40 gol keseluruhan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN