Bapa rogol perkosa anak tiri dijel 30 tahun, 18 sebatan

Bapa rogol perkosa anak tiri dijel 30 tahun, 18 sebatan

ANGGOTA polis mengiringi tertuduh semasa menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Pasir Mas, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman 30 tahun penjara dan 18 sebatan ke atas seorang bapa yang merogol anak tirinya berusia 13 tahun tujuh bulan.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Zulkpli Abdullah selepas tertuduh yang berusia 53 tahun mengaku bersalah atas enam pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, lelaki itu didakwa merogol mangsa yang berusia 13 tahun tujuh bulan semasa kejadian apabila perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang atau hukum agama yang terpakai untuk berkahwin dengannya.

Kesalahan dilakukan di dalam bilik sebuah rumah di Tanah Merah dekat sini, kira-kira pukul 12 tengah malam hingga 4 pagi pada 31 Mac , 13 November dan 5 Disember 2025.

Bagi pertuduhan keempat hingga keenam, tertuduh didakwa merogol mangsa sama yang ketika itu berusia 14 tahun perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang atau hukum agama yang terpakai untuk berkahwin dengannya.

Kesalahan itu dilakukan di lokasi sama kira-kira pukul 1 pagi pada 27 Mac, 28 Mac dan 30 Mac 2026. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan bagi keenam-enam pertuduhan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Siti Aiysha memohon hukuman yang setimpal dan berat dikenakan terhadap tertuduh dengan mengambil kira kepentingan awam dan kesan trauma jangka panjang terhadap mangsa.

“Mangsa dirogol oleh tertuduh sejak lima tahun lalu iaitu pada 2021, namun hanya enam kejadian sahaja yang diingati mangsa sepanjang tempoh itu,” katanya.

Tertuduh dalam rayuannya memohon agar mahkamah menempatkannya di Penjara Kajang, Selangor bagi memudahkan anak-anak yang berada di Klang melawatnya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi setiap pertuduhan pertama dan kedua, pertuduhan ketiga.

Bagi tiga lagi pertuduhan, mahkamah memerintahkan hukuman penjara dijalankan serentak dari tarikh tangkap iaitu pada 6 April lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN