ISTAF tawar jawatan Naib Presiden kepada Sumali

ISTAF tawar jawatan Naib Presiden kepada Sumali, nafi amal budaya nepotisme

ABDUL HALIM KADER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) bersedia untuk melantik Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan sebagai Naib Presiden 1 badan induk dunia itu.

Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader menjelaskan tawaran jawatan ini bukanlah bersifat untuk mengambil hati Malaysia selepas Sumali menyelar mutu pengadilan badan induk dunia itu ketika perlawanan akhir acara regu di Sukan Asia Hangzhou 2022, yang menyaksikan Malaysia tewas kepada Thailand.

“Ini bukan soal untuk memujuk, tetapi adalah untuk menggunakan kepakaran yang ada di Malaysia, sudah tentu kita tujukan kepada Presiden PSM.

“Jawatan ini ditawarkan kepada Presiden Sumali tanpa ada sebarang syarat-syarat khas yang perlu dipersetujui.

“Apatah lagi ISTAF sendiri sudah mengiktiraf PSM sebagai ahli gabungan kami sejak Julai lalu, namun kami masih belum berkesempatan untuk menganugerahkan sijil pengiktirafan tersebut kepada PSM,” jelas Halim dalam satu sidang media di ibukota semalam.

MOHD. SUMALI Reduan (tiga dari kanan) disematkan dengan lencana Astaf oleh Abdul Halim Kadir (dua dari kiri) selepas Mesyuarat Agung Tahunan PSM di Kuala Lumpur Jun lalu. – UTUSAN/AIZAWATI AHMAD

Posisi itu sebelum ini disandang Presiden Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (MASTAF), Datuk Suhaili Abdul Rahman namun badan induk itu dibubarkan hanya selepas 10 bulan ditubuhkan.

Dalam masa yang sama, Halim turut menafikan bahawa badan induk itu mengamalkan budaya nepotisme disebalik pelantikan kedua-dua anaknya ke dalam jawatan tertinggi ISTAF.

Fariq Abdul Halim dilantik sebagai Timbalan Presiden , manakala Taufiq Abdul Halim menjadi Pengerusi Jawatankuasa Teknikal tanpa melalui sebarang proses pemilihan.

Sebelum itu, ISTAF sudah pun melakukan keputusan kontroversi apabila secara tiba-tiba menamakan Boonchai Lorphipat sebagai pemangku presiden menggantikan Charouck Arirachakaran yang meninggal dunia Ogos lalu. 

“Menerusi Mesyuarat Exco ISTAF pada 4 Oktober lalu di Hangzhou, kami sepakat untuk melantik Boonchai sebagai pemangku presiden sehinggalah Kongres Mesyuarat Agung ISTAF pada lewat tahun 2025.

“Tempat yang dikosongkan Boonchai pula, beliau sendiri yang mencadangkan agar Fariq menjadi Timbalan Presiden, bukannya saya yang melantiknya, cuma dia meminta restu saya sebagai Setiausaha Agung, dan bukannya bapa.

“Taufiq pula berpengalaman sebagai pengarah teknikal untuk kejohanan sukan pantai di Bali dan Doha sebelum ini, dan juga beberapa kejohanan besar sebelum ini, jadi beliau memang layak untuk jawatan ini,” tambahnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya