Hampir separuh kelab Liga Super berdepan masalah gaji

Hampir separuh kelab Liga Super berdepan masalah gaji

STUART RAMALINGAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak ‘­ukur baju di badan sendiri’ punca hampir separuh kelab Liga Super berdepan isu tunggakan gaji musim ini.

Biarpun pelbagai langkah dan hukuman telah dikenakan, malah pelbagai cadangan ­diberikan sebelum musim baharu bermula, namun semuanya umpama ‘mencurah air ke daun keladi’ apabila segelintir pengurusan pasukan masih berdegil.

Tahun ini sahaja, difahamkan hampir separuh daripada 14 pasukan Liga Super berdepan masalah tunggakan gaji dan perkara tersebut sudah pun sampai ke ­peringkat Liga ­Bolasepak Malaysia (MFL).

Ketua Pegawai ­Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata, badan yang melakukan proses permohonan Lesen Kebangsaan, First Instance Body (FIB) kini memerlukan sedikit masa untuk mengumpul maklumat tambahan berkenaan dokumen yang dikemukakan beberapa kelab Liga Super untuk musim depan.

“FIB akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat ini untuk membuat keputusan mengenai status 14 kelab Liga Super selepas jawatankuasa bebas itu selesai membuat semakan awal mengenai dokumen yang dihantar oleh semua pasukan pada tarikh tutup 30 September 2023,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Stuart menegaskan, semua kelab sepatutnya memikul tanggungjawab penuh dalam ­mengawal perbelanjaan ­pasukan supaya tidak terjebak ­dengan isu tunggakan gaji.

“Kami sedang bekerjasama ­dengan ­Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak ­Profesional Malaysia (PFAM) ­untuk menyemak sebarang ­aduan rasmi yang diterima sebelum perkara itu dibawa ke ­peringkat FIB.

“MFL juga ­telah berhubung ­dengan pihak kelab terlibat dalam usaha mencari kaedah penyelesaian terbaik.

“Selain itu, MFL juga menyeru mana-mana pihak yang berdepan dengan masalah ­berkenaan agar menggunakan saluran khusus yang mereka sendiri sedia maklum.

“Mereka boleh mendapatkan FAM atau PFAM, bukannya menggunakan platform media sosial,” katanya.

Badan ­pengelola liga profesional ­tanah air itu turut memandang serius pandangan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai keperluan untuk mewujudkan peraturan ­kewangan bersih atau Financial Fair Play (FFP) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Katanya, FFP yang mengambil modul seperti digunakan di beberapa negara Eropah dapat mengawal perbelanjaan kelab-kelab yang bertanding.

“Protokol FFP ini sedang diperhalusi sebelum ­diperkenalkan dalam Liga Malaysia,” jelasnya.

Masalah tunggakan gaji tetap menghantui Liga Malaysia (Liga M) biarpun ­saingan sudah ­diswastakan sepenuhnya bermula musim lalu, dan menurut Stuart perkara ini berlaku kerana pasukan berbelanja tidak mengikut kemampuan sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya