Tiga tahun 'cuti bersalin', Wozniacki kembali dengan kejutan

Tiga tahun ‘cuti bersalin’, Wozniacki kembali dengan kejutan

REAKSI Caroline Wozniacki selepas mengalahkan Petra Kvitova pada pusingan kedua Terbuka AS di Pusat Tenis Nasional USTA Billie Jean King, New York semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Bakat generasi baharu sentiasa menjadi perbualan dalam saingan Terbuka Amerika Syarikat (AS), namun Caroline Wozniacki mengi­ngatkan peminat tenis mengapa mereka tidak harus melupakan pemain veteran yang masih bersaing di peringkat tertinggi.

Beraksi pada kejohanan Grand Slam pertamanya dalam tempoh lebih tiga tahun sejak melahirkan dua anak, bekas pemain No. 1 dunia dari Denmark itu menewaskan pilihan ke-11, Petra Kvitova 7-5, 7-6 (7/5) di Stadium Arthur Ashe semalam.

Wozniacki, 33, menangis ke­gembiraan sebaik sahaja memenangi perlawanan pertamanya ke atas pemain 20 terbaik dunia sejak Pusingan Akhir WTA 2018.

Bersara, menimang dua orang anak dan kembali ke sukan yang digemari, Wozniacki kini bersedia untuk menentang warga Amerika Syarikat, Jennifer Brady di pusingan ketiga hari ini.

“Saya rasa amat selesa di New York.

“Sejak tiba di sini, beraksi di gelanggang, segala-galanya membuatkan saya berasa sangat bagus,” kata juara Terbuka Australia 2018 itu.

Dia turun de­ngan reputasi naib juara 2009 dan 2014, namun tidak mengharapkan keputusan hebat kerana sedar baru kembali ke ge­langgang selepas tiga tahun ‘bercuti’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya