UiTM terlalu unggul, kekal kejuaraan Masum

UiTM terlalu unggul, kekal kejuaraan Masum

KONTINJEN UiTM muncul juara keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2023 Fasa 2 dengan menggondol 17 emas. - IHSAN MASUM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan menggondol 17 pingat emas, lapan perak dan 13 gangsa membolehkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dinobat sebagai juara keseluruhan Karnival Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2023 Fasa 2 yang berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul naib juara keseluruhan dengan memenangi sembilan emas, tiga perak dan lima gangsa.

Kejayaan itu bermakna, UiTM melakar kemenangan berganda selepas turut mengungguli Fasa 1 di Universiti Islam Malaysia (USIM).

Lebih manis, mereka mengekalkan kejuaraannya selama empat tahun berturut-turut dengan kutipan pingat keseluruhan Fasa 1 dan Fasa 2 sebanyak 36 emas, 27 perak dan 29 gangsa.

Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM, Profesor Dr Mohd Sazili Shahibi berkata, kejayaan ini adalah hasil dari usaha dan semangat yang diberikan oleh semua atlet serta pegawai.

“Mereka mempamerkan pencapaian yang cemerlang apabila mendapat johan keseluruhan pada Karnival Sukan MASUM 2023 Fasa 1 dan 2.

“UiTM juga berjaya mendominasi beberapa acara sukan di sepanjang kejohanan ini seperti taekwondo, memanah, petanque, basikal MTB, silat dan juga bola baling.

“Pasukan sofbol Wanita UiTM juga turut menyumbang emas selepas beberapa tahun acara ini tidak dipertandingkan di dalam Karnival Sukan MASUM,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya