Siapa berani keluar RM10 juta setahun boleh beli Kelantan FC

Siapa berani keluar RM10 juta setahun boleh beli Kelantan FC

NORIZAM TUKIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menegaskan, beliau masih menunggu ada pihak yang sanggup mengeluarkan bajet RM10 juta setahun untuk mengambil alih The Reds Warriors (TRW).

Tegas Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham, beliau bersedia melepaskan kelab itu tetapi sehingga kini belum ada pihak yang benar-benar ikhlas dan berani untuk membeli TRW.

“Ada sekumpulan penyokong Kelantan FC minta saya keluar dari Kelantan FC. Mereka sedih sebab kalah teruk, dan mereka ingat saya gembira. Jangan bimbang, saya boleh keluar.

“Saya masih menunggu siapa berani keluar duit untuk bajet bulanan RM700,000 hingga RM1 juta sebulan. Setahun RM10 juta cukuplah. Kalau nak ‘top five’, bajet dalam RM20 juta hingga RM25 juta setahun. Liga Super bajet berbeza.

“Saya harapkan ada yang berani. Kecil sahaja jumlah duit ini sebenarnya bagi jutawan kosmetik. Seperti saya beritahu banyak kali, saya tak terdesak jual kecuali ada yang betul-betul bersungguh.

“Ada juga yang suruh saya sabar dan teruskan. Kepada yang nak beli. Jangan tanya apa yang bakal dapat, tapi berapa jumlah duit yang nak kena keluarkan,” katanya dalam Facebook semalam.

Zamsaham sebelum ini menjelaskan beliau sedia menjual kelab itu dengan pembeli perlu membayar sekurang-kurangnya modal yang sudah dikeluarkan beliau selama empat musim menguruskan TRW.

Jumlah itu termasuk hutangnya dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berjumlah RM3.8 juta dan individu atau pemilik baharu boleh menyambung tuntutan terhadap persatuan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN