Salah tinggalkan Liverpool minggu ini?

Salah tinggalkan Liverpool minggu ini?

MOHAMED SALAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool mungkin kehilangan bintang penyerang mereka, Mohamed Salah sebelum jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) ditutup, Jumaat ini.

Salah menjadi sasaran utama kelab Arab Saudi, Al-Ittihad yang sudahpun membawa masuk ramai bintang seperti Fabinho, N’Golo Kante dan Karim Benzema.

Pendirian Liverpool selama ini ialah Salah tidak akan dijual selepas menandatangani kontrak terbesar dalam sejarah kelab musim panas lalu.

Tambahan pula, ejen Salah telah menafikan dakwaan pemain itu berusaha untuk keluar dari Anfield, namun khabar angin mengaitkan perpindahannya ke Asia Saudi masih tidak berhenti.

Hari ini, bekas penyerang Norway yang pernah beraksi dalam Liga England, Jan Aage Fjortoft mendakwa, Salah akan meninggalkan Anfield minggu ini.

“Saya difahamkan Salah mungkin akan meninggalkan Liverpool minggu ini. Jumlah yang ditawarkan kepada pemain dan kelab sememangnya sukar dipercayai.

“Keadaan menjadi kompleks kerana jendela perpindahan di Arab Saudi ditutup pada 7 September (seperti dinyatakan dalam laman web Persatuan Bola Sepak Arab Saudi),” kata bekas penyerang tengah Middlesbrough, Sheffield United, Barnsley dan Swindon itu dalam Twitter.

Media sebelum ini melaporkan, Al-Ittihad yang terdesak untuk mendapatkan Salah sanggup membayar 130 juta pound (RM767 juta) kepada Liverpool bagi pemain sayap berusia 31 tahun itu.

Salah juga ditawarkan kontrak lumayan 170 juta pound (RM997.92 juta) setahun yang membolehkannya mengatasi Cristiano Ronaldo (Al-Nassr) dan Neymar (Al-Hilal). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya