Hukuman terhadap Faisal kekal, dibenarkan turun latihan

Hukuman Faisal, JDT kekal

AKSI Faisal Abdul Halim ketika menentang Sri Pahang FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengekalkan hukuman penggantungan terhadap pemain Selangor FC, Faisal Abdul Halim selama sebulan dari 25 Julai hingga 23 Ogos ini.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu yang bermesyuarat semalam bersetuju untuk memberi kelonggaran membenarkan Faisal kembali turun menjalani sesi latihan bersama Selangor FC berkuat kuasa serta-merta.

“Jawatankuasa Rayuan FAM bermesyuarat buat kali keenam bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam.

“Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh CP (Bersara) Datuk Seri Mohammad Mokhtar Mohamad Shariff selaku pengerusi jawatankuasa berkenaan telah membincangkan sebanyak empat kes.

“Bagi tiga kes pertama iaitu membabitkan penyokong Johor Darul Ta’zim membakar suar, rayuan yang dikemukakan oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim telah ditolak, sekali gus hukuman denda berjumlah RM120,000 bagi ketiga-tiga kes berkenaan adalah dikekalkan.

“Sementara bagi kes keempat iaitu membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Abdul Halim, penggantungan selama sebulan dari 25 Julai hingga 23 Ogos 2023 adalah dikekalkan.

“Bagaimanapun, jawatankuasa bersetuju untuk memberi kelonggaran membenarkan Faisal kembali turun menjalani sesi latihan bersama Selangor FC berkuat kuasa serta-merta bagi memastikan beliau dapat mengekalkan tahap kecergasannya sebagai seorang pemain bola sepak,” kata jawatankuasa itu dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Jawatankuasa Tatatertib FAM mengesahkan, pemain sayap berusia 25 tahun itu digantung empat bulan bermula 25 Julai hingga 21 November, namun dia hanya dikenakan penggantungan sebulan dahulu hingga 23 Ogos depan.

Faisal telah dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas didapati melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM (Kenya­taan Akhbar) dan Artikel 82 Statut FAM (Sumbangan Kepada Media).- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya