Aira, Sehveetrraa melangkah ke separuh akhir

Aira, Sehveetrraa melangkah ke separuh akhir

AIRA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aira Azman berada di landasan tepat bagi memburu gelaran keenam selepas dia menyingkirkan rakan senegara, Goh Zhi Xuan pada suku akhir Kejohanan Skuasy Remaja Asia di Dewan Gimnasium Xiqang, Dalian, China, hari ini.

Pilihan pertama yang beraksi di bawah kategori perempuan bawah 19 tahun itu, melakar kemenangan straight set ke atas Zhi Xuan 11-7, 11-6, 11-5 untuk melangkah ke separuh akhir.

Turut mengikut jejak langkah Aira ialah K. Sehveetrraa yang tidak berdepan masalah menewaskan Wai Sze Wing dari Hong Kong 11-3, 11-3, 11-5.

Bagaimanapun, seorang lagi wakil Malaysia yang beraksi dalam kategori sama, U. Thanussa gagal mencipta kejutan ke atas pilihan ke-3/4, Pooja Arthi dari India.

Thanussa tumpas dalam pertarungan lima set 11-10, 11-10, 4-11, 7-11, 11-13 kepada Pooja.

Jurulatih skuasy remaja negara, Shahril Shahidan berkata, Thanussa bermain baik dalam dua set awal, tetapi lawan mula bangkit pada set ketiga.

“Pooja menukar strategi dan Thanussa pula mula melakukan kesilapan dan mudah hilang tumpuan lebih-lebih lagi pada set terakhir.

“Lawan yang mula mengutip mata demi mata di tambah pula dengan beberapa keputusan pengadil yang tidak menyebelahinya menjadi punca Thanussa tewas,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Shahril masih optimis dengan peluang anak-anak buahnya untuk ke perlawanan akhir, khususnya kategori perempuan bawah 19 tahun berdasarkan prestasi semasa Aira dan Sehvetrraa.

Sementara itu, dalam aksi lelaki bawah 19 tahun, pilihan pertama, Joachim Chuah menepati ramalan untuk mara ke separuh akhir selepas menumbangkan pemain Korea Selatan, Kim Wun 11-5, 11-5, 11-6.

Rakan senegara, Harith Daniah Jefri pula turut melepasi halangan lapan terbaik selepas lawan dari Hong Kong, Arthur Law menarik diri.

Joachim bakal berdepan Shaurya Bawa dari India, esok, manakala Harith akan menentang wakil Korea Selatan, Oh Seo-Jin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya