Zverev menangis selepas menjuarai Terbuka Hamburg

Zverev menangis selepas menjuarai Terbuka Hamburg

Alexander Zverev bersama trofi yang dimenanginya di Terbuka Hungary.-REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAMBURG: Pemain tenis Jerman, Alexander Zverev tidak dapat mengawal emosinya apabila berjaya muncul juara di hadapan penyokongnya sendiri di Terbuka Hamburg, semalam

Bekas pemain No. 2 Dunia itu menewaskan pemain Serbia, Laslo Djere dalam pentas final yang bertaraf ATP 500 dengan keputusan 7-5, 6-3.

Ini merupakan final pertamanya di Jerman selepas dia tewas kepada pemain No. 1 Dunia, Carlos Alcaraz di Terbuka Madrid tahun lalu.

Sejurus selepas Zverev disahkan menjadi juara, pemain berusia 26 tahun itu rebah ke atas permukaan gelanggang dan menangis selepas berhempas pulas untuk memperoleh gelaran yang ke 20 dalam karier profesionalnya.

Kejayaan ini turut menamatkan kemarau kejuaraan buat Zverev yang kali terakhir meraihnya adalah ketika aksi ATP Finals 2021 dengan menewaskan pemain Russia, Daniil Medvedev dalam perlawanan akhir.

“Ini adalah rumah saya, tempat saya membesar. Ini adalah tempat bermulanya saya bermain tenis. Ini merupakan sesuatu yang istimewa untuk saya, dan saya tidak dapat menggambarkannya dengan kata-kata, saya cuma boleh katakan saya amat gembira dengan kejayaan ini.

“Ia seakan seperti saya memenanginya buat kali pertama. Kerana sudah terlalu lama buat saya untuk mencapai gelaran juara, sebab itu saya berasa amat gembira sekali,” jelas Zverev.

Kecederaan buku lali yang dialaminya sebelum ini memaksa ranking Zverev jatuh sehingga terkeluar daripada kelompok 25 terbaik dunia, namun dengan gelaran terbarunya ini, pemain itu akan kembali mendaki semula ke tangga 16 dunia dan masih berpeluang untuk mengejar tempat beraksi di ATP Finals.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya