Tok Gajah rebah di kaki Sang Badak

Tok Gajah rebah di kaki Sang Badak

PEMAIN Sabah FC (jersi merah) bersaing dengan pertahanan Sri Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Likas malam ini. - IHSAN SRI PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya seminggu selepas melakar kemenangan sensasi ke atas Selangor FC, Sri Pahang tampil tidak bermaya apabila dibenam 4-0 oleh Sabah FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, malam ini.

Dua jaringan Darren Lok dan satu gol masing-masing menerusi Ramon Machado dan Stuart Wilkin memastikan kemenangan ketiga berturut-turut buat skuad Sang Badak.

Kemenangan itu juga menjadi hadiah perpisahan paling sempurna buat kapten mereka, Baddrol Bakhtiar yang membuat penampilan terakhir sebelum mengucapkan selamat tinggal buat penyokong Sabah.

Penyerang kelahiran Brazil, Machado terus menunjukkan impak tidak sampai sebulan selepas menyertai Sang Badak.

Pemain berusia 32 tahun itu sebelum ini turut meledak dua gol dalam penampilan pertamanya ketika membantu Sabah FC menumpaskan Kuching City 4-3, minggu lalu.

Kemasukannya nyata menyelesaikan isu jentera serangan yang dialami skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee selama ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN