Juara Wimbledon 2023 bakal beraksi di Kuala Lumpur

Juara Wimbledon sahkan penyertaan dalam Kejohanan Piala Billie Jean King 2023 di Kuala Lumpur

Presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM), Mirzan Mahathir (duduk kanan) bersama dengan skuad wanita negara yang akan mengharungi cabaran Piala Billie Jean King yang bermula 24 hingga 29 Julai depan di Pusat Tenis Nasional, Jalan Duta, Kuala Lumpur. (FOTO: IHSAN LTAM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mempertaruhkan barisan pemain tenis terkuat yang dimiliki dalam usaha untuk naik ke Kumpulan 1 Kejohanan Piala Billie Jean King Zon Asia/Ocenia yang bakal membuka tirai di Pusat Tenis Nasional, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Isnin.

Malaysia yang kini bersaing dalam Kumpulan 2 akan berentap dengan 11 negara lain yang akan memberikan tentangan sengit antaranya New Zealand, Indonesia, Taiwan, Pakistan, Singapore, Sri Lanka, Hong Kong, Turkeminstan, Mongolia, Guam dan Ocenia Pasifik.

Hanya dua pasukan terbaik sahaja akan layak dinaikkan ke Kumpulan 1 Zon Asia/Ocenia, manakala dua pasukan tercorot berisiko untuk tersingkir ke Kumpulan 3.

Lebih menarik, antara nama besar yang telah pun mengesahkan penyertaan untuk edisi kali ini adalah pemenang tiga kali Kejohanan Wimbledon, Hsieh Su Wei dari Taiwan yang beraksi dalam acara beregu wanita.

Su Wei pernah berpasangan dengan pemain Republik Czech, Barbora Strycova untuk memenangi kejuaraan Wimbledon yang pertamanya pada 2019, dan kemudian pada 2021, dia bergandingan dengan pemain Belgium, Elise Mertens, sebelum kembali berpasangan semula dengan Strycova pada tahun ini untuk sekali lagi bergelar juara.

Pemain tenis Taiwan, Hsieh Su-wei (kanan) bersama pasangannya, Barbora Strycova memenangi acara beregu wanita di Kejohanan Wimbledon 2023 (FOTO: AFP)

“Saya rasa ini kejohanan yang sangat menarik, dan saya amat mengalu-alukan bukan sahaja peminat tenis tempatan, tetapi sesiapa sahaja untuk datang menyaksikan pasukan kebangsaan berentap dengan pasukan terbaik Asia di sini, kemasukan adalah percuma.

“Kami amat berbangga dapat menganjurkan kejohanan ini, dan ini juga menunjukkan bahawa pihak ITF (Persekutuan Tenis Antarabangsa) mempunyai keyakinan yang amat tinggi kepada kami untuk menjayakan kejohanan ini,” jelas Presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM), Mirzan Mahathir.

Untuk edisi kali ini, dua pemain baru dibawa masuk antaranya, Shihomi Leong dan Lim Zan Ning yang akan membentuk pasukan ampuh bersama Lim Sze Xuan , Hannah Yip serta Iman Shuhada Abdullah.

Tahun lalu di Dushanbe, Tajiksitan, Malaysia terpaksa berpuas hati apabil menghabiskan saingan di tangga kelima keseluruhan daripada 10 negara yang mengambil bahagian.

“Untuk kami naik ke Kumpulan 1, kami perlu bersaing dengan beberapa negara, dan jika kami berjaya melakukannya, ia akan menjadi satu kejayaan bersejarah.

“Kami sudah berada dalam Kumpulan 2 agak lama, jadi kami berharap para pemain kami akan dapat beraksi dengan baik sepanjang enam hari kejohanan ini,” tambah Mirzan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya