Tang Jie-Ee Wei tersekat di separuh akhir Terbuka Singapura

Tang Jie-Ee Wei tersekat di separuh akhir Terbuka Singapura

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hajat pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melakar kejutan melangkah ke final Terbuka Singapura tidak kesampaian apabila tersekat di peringkat separuh akhir sebentar tadi.

Pasangan muda negara itu tumpas 21-17, 24-22 kepada pasangan No.3 dunia dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dalam masa 39 minit.

Bagaimanapun, aksi yang dipamerkan Tang Jie-Ee Wei wajar mendapat pujian kerana pasangan negara yang berada di ranking ke-21 dunia itu banyak menunjukkan peningkatan dalam permainan mereka.

Dalam aksi separuh akhir itu, pasangan Jepun itu lebih banyak mendominasi permainan pada set pertama yang menyaksikan mereka menang 21-17 dalam masa 14 minit.

Pada set kedua, permainan berlangsung sengit dengan Tang Jie-Ee Wei mendahului pada mata 15-11 namun, pasangan Jepun itu berjaya mengejar dan mengikat kedudukan 15-15.

Kelebihan pengalaman menyaksikan Watanabe-Higashino menjarakkan kedudukan dan mendahului 20-18 namun, pada satu ketika pasangan negara berjaya menyamakan kedudukan 20-20.

Bagaimanapun, keputusan akhir memihak kepada pasangan Jepun apabila mereka 24-22 dalam masa 25 minit untuk melangkah ke perlawanan akhir.-UTUSAN ONLINE

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.