Manchester City rangkul treble bersejarah

Manchester City rangkul treble bersejarah

MANCHESTER City menjulang trofi Liga Juara-Juara selepas menumpaskan Inter Milan 1-0 di pentas final di Istanbul.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Selepas lama menanti, Manchester City akhirnya menjulang kejuaraan elit Eropah, sekali gus melakar treble bersejarah dengan menumpaskan Inter Milan 1-0 dalam final Liga Juara-Juara sebentar tadi.

Satu jaringan menakjubkan daripada Rodri sudah cukup buat pasukan Pep Guardiola menamatkan penantian panjang mereka untuk kegemilangan Eropah pada malam yang jauh lebih getir daripada dijangkakan.

Dengan Liga Perdana dan Piala FA sudah pun dimenangi, City menjadi kelab Inggeris kedua dalam sejarah memenangi treble selepas Manchester United pada musim 1998/1999.

MANCHETER City melengkapkan kejuaran treble. 

Sejak awal City menjadi pilihan untuk menang di Istanbul, dan melihat kepada aksi  di awal saingan mereka tampak akan menguasai permainan bermula dengan sepakan lencong Bernardo Silva yang sedikit tersasar.

Begitupun peluang untuk kedua-dua pasukan terbukti sangat sedikit hasil keampuhan benteng Inter yang hebat membatalkan gerakan lawan dan sentiasa mengancam dengan gerakan serangan balas.

Bagaimanapun, mereka jarang menguji  Ederson dengan peluang terbaik kelab Itali itu hadir menerusi Nicolo Barella yang cuba menghukum penjaga gol City tersebut setelah dia dengan selamba memberikan bola berhampiran garisan gawang.

RODRI meledak gol tunggal kemenangan.

Guardiola merayu agar pemainnya ‘bertenang’, dan pada mulanya ia kelihatan berhasil apabila Erling Haaland berjaya membebaskan diri serra menguji Andre Onana dengan rembatan kencang dari sudut ketat.

Begitupun beberapa saat kemudian bencana menimpa apabila perancang utama mereka, Kevin De Bruyne terpaksa dikeluarkan kerana cederahanya 35 minit selepas permainan bermula. Dia diganti dengan Phil Foden.

Tidak banyak yang berubah selepas babak kedua bersambung dan pemain City mula melakukan kesilapan dengan Manuel Akanji menghadiahkan bola kepada Lautaro Martinez di tepi kotak penalti,  mujur Ederson dapat menyelamatkannya.

Tetapi seperti yang diarahkan oleh Guardiola, The Citizens tetap tenang, terus bermain dengan rentak mereka dan akhirnya di minit ke-68 rembatan Rodri memastikan kemenangan mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.