Kad merah kedua ‘bunuh’ Sang Penyu - Utusan Malaysia

Kad merah kedua ‘bunuh’ Sang Penyu

PENGADIL menenangkan pemain Terengganu, Ivan Mamut ketika bertemu JDT dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak kelmarin. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Tomislav Steinbruckner percaya, Terengganu FC (TFC) bermain dengan baik ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) kelmarin, namun kad merah kedua yang dilayangkan kepada pasukannya telah ‘membunuh’ perlawanan.

Sang Penyu menutup aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dengan kekalahan 1-3 dan sembilan pemain selepas dua tonggak import, Argzim Redzovic serta Ivan Mamut dibuang padang pada babak kedua.

Pengendali dari Croatia itu kecewa dengan layangan kad merah Mamut pada minit ke-73 yang dianggap sukar diterima dan membunuh perjuangan anak-anak buahnya.

“Saya sangat berpuas hati persembahan Terengganu dengan mencipta sekurang-kurangnya dua peluang keemasan melalui Sony Norde dan Engku Nur Shakir Engku Yaacob.

“Selepas menerima amaran kad kuning pertama, saya mengingatkan (Redzovic) lebih berhati-hati dan merancang untuk menggantikannya namun terlewat dan dia menerima kad kuning kedua.

“Bagi layangan kad merah (Mamut) saya fikir kad kuning lebih sesuai buat kedua-dua pemain termasuk JDT (Feroz Baharudin) namun keputusan pengadil agak mengecewakan,” katanya.

FERNANDO Forestieri menjaringkan gol menerusi sepakan gunting. –  UTUSAN/PUQTRA HAIRRY

Dalam pertemuan itu, jari­ngan Fernando Forestieri, Bergson Da Silva dan Endrick Dos Santos memastikan kemenangan 3-1 JDT manakala jaringan Sony Norde sekadar saguhati buat TFC.

Aksi bagaimanapun dicemari layangan kad merah gara-gara bentesan keras Redzovic ke atas Forestieri minit ke-52 serta insiden membabitkan Mamut yang dilihat menyiku Feroz minit ke-74.

“Pengadil bagaimanapun gagal memberi kad amaran kepada pemain JDT yang beberapa kali melakukan kekasaran dari belakang ketika kami melancarkan serangan pantas.

“Kami berjaya menyaingi JDT malangnya kelebihan pemain digunakan lawan untuk me­nguasai baki permainan dan TFC gagal menghalang gol ketiga mereka di penghujung aksi,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya