Gaji, KWSP, Perkeso mana satu nak bayar dulu?

Gaji, KWSP, Perkeso mana satu nak bayar dulu?

NORIZAM TUKIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jika peminat mengharapkan Kelantan FC meraih keuntungan dalam ‘sekelip mata’, itu tidak mungkin berlaku kerana bola sepak Malaysia bukan industri yang membawa untung dalam masa singkat.

Itu penegasan pemilik The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman ketika menjawab soalan penyokong Kelantan FC dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Fans TRW yang diadakan di Zamburger Cafe semalam.

Norizam yang menjawab 25 daripada 28 soalan yang diajukan dalam sesi hampir dua jam itu menegaskan, pemilik kelab perlu mengorbankan masa, tenaga serta komitmen demi ­keuntungan yang mungkin ­hanya boleh dirasai dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Saya ambil contoh per­belanjaan bulanan kita mence­cah RM1 juta tetapi hasil pendapatan daripada jualan tiket dan sebagainya hanya RM800,000, jadi kita rugi RM200,000.

“Kita ada dua pilihan sama ada bayar gaji atau bayar caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial).

“Bila kita rugi dan pemain-pemain mahukan gaji mereka terlebih dahulu maka kita pilih untuk memberi keutamaan kepada pembayaran gaji terlebih dahulu. Jadi kenapa tidak membayar caruman KWSP dan Perkeso? Sebab belum untung,” katanya.

Begitupun tegas Norizam, Kelantan FC komited untuk melunaskan caruman KWSP dan Perkeso ke­rana ia turut berkaitan dengan perlesenan kelab.

Tegas Norizam, ramai yang tidak tahu beliau sering mendahulukan wang poketnya sendiri bagi membayar tunggakan ­berkenaan.

“Saya sebagai pemilik perlu dahulukan duit saya dan kita masih ada tunggakan sekitar lebih RM400,000.

“Kita sudah mula membayar sebab kalau tidak bayar lesen kelab tidak boleh disambung.

“Kelab-kelab yang boleh menyambung perlesenan adalah atas sebab mereka sudah membayar dan ada peranca­ngan untuk susun semula pembayaran KWSP serta Perkeso.

“Jadi Kelantan FC memberi komitmen tinggi terhadap perkara ini,” katanya di hadapan lebih 100 penyokong.

Mengulas lanjut beliau memaklumkan, masalah tunggakan berlaku ke­rana kelab belum mencapai keuntungan dan pihak­nya perlu mengutamakan pembayaran gaji pemain terlebih dahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya