KUALA LUMPUR: “Doa saya, semoga awak sentiasa berada di dalam lindungan, petunjuk dan rahmat Allah S.W.T.”
Demikian doa yang dititipkan pelakon, Nur Fazura sempena hari kelahiran pelakon, Que Haidar yang ke 47 tahun.
Fazura atau Nur Fazura Shariffudin menerusi perkongsian di Threads mengharapkan agar sahabatnya itu kekal dalam setiap ibadah dan menjadi insan yang tinggi budi pekerti.
“Selamat hari ulang tahun kelahiran buat mu, Tengku Iskhan Shah. Persahabatan kita bukanlah sebentar saja, tapi lebih dari 20 tahun lamanya.
“Dan kini kita dipertemukan kembali setelah 16 tahun dalam fasa yang jauh berbeza dengan pelbagai pengalaman yang mematangkan kita.
“Doa saya, semoga awak sentiasa berada di dalam lindungan, petunjuk dan rahmat Allah S.W.T, istiqomah dalam setiap ibadah dan terus kekal menjadi insan yang tinggi dengan empati dan budi pekerti,” katanya.
Sementara itu, Fazura juga berharap agar que dilimpahi kesihatan dan ketenangan jiwa yang berkekalan serta rezeki yang diberkati.
“47 tahun yang cukup istimewa dan bermakna, pastinya penuh suka dan duka namun sering tidak gemar diungkapkan kerana awak selalu memilih melihat terangnya cahaya matahari berbanding gelapnya hujan.
“Semoga hari ini dan hari mendatang akan dilimpahi dengan kesihatan, ketenangan jiwa yang berkekalan, rezeki yang bertambah, takdir-takdir kebaikan, kebahagiaan sejati dan doa-doa yang dimakbulkan atas keyakinan yang berterusan ke hadrat Allah SWT,” kongsinya – UTUSAN










