Bayar tenaga luar lebih murah daripada khidmat ISN

Bayar tenaga luar lebih murah daripada khidmat ISN

SUBAHAN Kamal (tengah) dalam sidang akhbar di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini. - IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Terpaksa membayar harga mahal bagi mendapatkan perkhidmatan Institut Sukan Negara (ISN) antara sebab Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengupah jurulatih kecergasan dari Scotland, Archbold John Gordon bermula 1 Mei lalu bagi membantu skuad remaja kebangsaan membuat persiapan ke Piala Dunia Remaja yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Disember ini.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal memohon Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan supaya bantuan ISN tidak terhad kepada skuad senior lelaki sahaja.

“MHC telah berputus asa meminta bantuan ISN kerana caj mereka terlalu tinggi.

“ISN mengenakan bayaran RM250 sehari untuk pegawai mereka. Kami biasanya memerlukan kira-kira empat daripada mereka sebelum dan semasa kejohanan. Iaitu RM1,000 sehari. Lebih murah untuk mengupah jurulatih dari luar negara.

“Gordon akan bekerjasama dengan skuad remaja kebangsaan selama dua bulan. Dia disyorkan oleh jurulatih kecergasan pasukan senior kami, Tom Drowley (dari England).

PASUKAN negara menutup kempen Piala Remaja Asia di Oman dengan menduduki tangga keempat.

“MHC berbangga dengan pencapaian pasukan remaja kebangsaan ketika bermain dalam dua kejohanan berturut-turut. Mereka berjaya mengekalkan kejuaraan Sukan SEA di Phnom Penh dan menduduki tempat keempat dalam Piala Asia Remaja.

“Apa yang pemain remaja ini  perlukan sekarang ialah membina kecergasan mereka selama dua bulan dan kemudian pergi ke jelajah Eropah untuk persiapan Piala Sultan Johor, diikuti Piala Dunia Remaja (JWC),” katanya dalam sidang akhbar di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Menurut Subahan, MHC masih mengusahakan bajet yang ketat kerana wang sukar diperoleh daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan  KBS.

“MSN dan Menteri Belia dan Sukan sentiasa bekerjasama dengan MHC tetapi mereka juga mempunyai kekangan sendiri.  Mereka mempunyai bajet yang kecil dan perlu menjaga banyak sukan.

“Kami perlu melakukan apa sahaja yang kami ada untuk menyediakan pasukan terbaik menghadapi JWC,” katanya, yang menyasarkan separuh akhir buat pasukan negara dalam Piala Dunia Remaja.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya