Sukan jadi mangsa politik tidak stabil

Sukan jadi mangsa politik tidak stabil

HANNAH Yeoh (tengah) bersama Adam Adli (kanan), Mohamad Norza Zakaria (dua, kiri) .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kegagalan kontinjen negara di pentas Sukan SEA Kemboja turut berkait dengan ketidakstabilan politik negara sejak lima tahun lalu yang menyaksikan perancangan dan persiapan atlet terjejas.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, sukan antara sektor yang terkesan kerana apa yang telah dirancang termasuk program pembangunan dan pelaksanaan strategi tidak dapat dilaksanakan.

“Saya perlu cakap perkara ini, ketidakstabilan politik dalam lima tahun terakhir termasuk dalam sektor ekonomi menyebabkan kita melihat perkara ini (kegagalan Sukan SEA) sekarang, sukan antara sektor yang terkesan.

“Sebab itu, saranan Yang di Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) dalam soal kestabilan dalam masa lima tahun sa­ngat penting untuk kita bekerja dan membuahkan hasil.

“Sebelum ini, ada menteri tidak sampai setahun. Keluar bajet, langkah susulan dan me­laksanakan strategi tidak sempat. Macam Norza (Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria) cakap sebelum buat sudah tukar dan ada hala tuju baharu.

“Sebab itu, format projek Road to Gold (RTG) menteri duduk bersama dengan MOM supaya kalau salah satu ditukar, ia tetap berjalan dan tidak terganggu,” katanya dalam sidang akhbar rangkuman prestasi kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kemboja di sini semalam.

KONTINJEN Malaysia berarak pada majlis penutupan Sukan SEA 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh. – UTUSAN/AMIR KHALID

Mengulas lanjut Hannah berkata, matlamat RTG sekarang adalah mahu memastikan semua pihak berkepentingan bekerjasama untuk membangunkan sukan negara dengan matlamat meraih emas pertama negara di Sukan Olimpik.

Norza dalam sidang akhbar sama berkata, kegagalan di Sukan SEA tidak sepatutnya di­letakkan kepada Hannah dan timbalannya ke­rana mereka datang ketika sukan negara berada dalam keadaan lemah.

“Saya tahu perkara ini akan berlaku. Hari ini, saya mahu cakap model sukan kita sudah lapuk dan kena ubah, satu permulaan bagus bila kita ada RTG sekarang dan sepatutnya program yang sama perlu dibangunkan,

“Sebenarnya, sejak Sukan SEA Filipina saya sudah menyuarakan agar perubahan dilakukan namun, kita tiada langkah susulan. Sekarang kita kena lihat semula dan mengharapkan agar kerajaan stabil dan reset semula sukan negara.

“Jangan anak tirikan sukan, ada atlet kita tidak dibayar sepatutnya, jurulatih pun kita tak bayar dengan sepatutnya dan ada antara mereka dapat RM800, duduk dalam bilik tutup penghawa dingin kerana mahu ­jimat,” katanya.

KHIEW Hoe Yean pemenang pingat emas tunggal Malaysia di Phnom Penh.

Sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 yang menyaksikan perubahan besar berlaku dalam landskap politik negara, Kementerian Belia dan Sukan telah bertukar empat menteri.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil alih tugas daripada Khairy Jamaluddin dari 2 Julai hingga 24 Februari 2022.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik sebagai menteri dari 10 Mac 2020-16 Ogos 2021 sebelum diganti oleh Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (30 Ogos 2021-10 Oktober 2022) dan kini Hannah, yang menggalas tugas sejak 3 Disember lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.