Skuad lebuh raya berpotensi ke Sukan Asia secara automatik

Skuad lebuh raya berpotensi ke Sukan Asia secara automatik

NUR Amirull Fakhruddin Mazuki memenangi pingat emas lebuh raya individu lelaki Sukan SEA 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Skuad lebuh raya elit lelaki yang meraih pingat emas dalam dalam acara beramai-ramai di Sukan SEA 2023 berpeluang besar untuk bertanding secara automatik ke Sukan Asia 2022 di Huangzhou, China.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab menjelaskan badan kebangsaan dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meletakkan syarat wajib cemerlang di Kejohanan Lumba Basikal (Lebuhraya) Asia 2023 (ACC 2023) di Thailand 7-13 Jun.

“Skuad elit lelaki hampir memenuhi syarat yang ditetapkan oleh PKBM dan MOM. Perkara ini (kemungkinan bertanding dalam Sukan Asia) telah dibincangkan pada mesyuarat Exco Selasa lalu. Mereka telah menang emas Sukan SEA.

Kini PKBM dan MOM mahu mereka cemerlang di ACC Lebuhraya di Thailand bulan depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ABU SAMAH WAHAB

Setakat ini, Setiausaha Agung PKBM, Arif Astaman sudahpun dinamakan sebagai pengurus pasukan bagi acara trek Sukan Asia 2023.

Abu Samah yang juga Naib Presiden Kehormat Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) menjelaskan mesyuarat Exco Selasa lalu memberi penghormatan kepada jasa yang diberikan kepada semua pihak khususnya pelumba kelab benua yang bekerja keras untuk membawa pulang pingat emas Sukan SEA 2023.

“Kami menghargai sumbangan yang diberikan oleh pelumba dan jurulatih dari TSG (Terengganu Cycling Team) dan Sapura (Sapura Cycling Team). Bukan mudah untuk mempertahankan pingat emas Sukan Sea kerana Indonesia, Thailand dan Filipina turut memiliki pelumba kelab benua yang sangat kuat,” katanya.

NUR Amirull Fakhruddin Mazuki turut memenangi pingat perak kriterium lebuh raya.

Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan betapa PKBM akan terus meminta menagih kudrat pelumba dan jurulatih TSG serta Sapura bagi menguatkan penampilan skuad lebuh raya lelaki Malaysia ke ACC Lebuhraya dan Sukan Asia di Huangzhou sekiranya layak.

Bagaimanapun sekiranya layak, Abu Samah percaya laluan getir tetap menunggu skuad lebuhraya elit lelaki kerana Jepun, Iran, Kazakhstan, Korea Selatan, Taiwan, China dan Hong Kong memiliki barisan pelumba profesional ternama.

“Malaysia sudah lama tidak bertanding di peringkat Sukan Asia. Jadi sekiranya mereka berjaya memenuhi syarat yang ditetapkan untuk ke Sukan Asia di Huangzhou, kita perlukan satu persiapan sangat rapi kerana bakal menentang pelumba Jepun, Iran, Kazakhstan, Korea Selatan, Taiwan, China dan Hong Kong,” katanya.

Berdasarkan prestasi di Sukan SEA 2023, Malaysia dilihat mampu untuk memberi cabaran bermakna sekiranya menurunkan barisan terkuat termasuk pemenang pingat emas di Siem Reap, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki di ACC Lebuhraya 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya