Negeri Sembilan 'curi' tiga mata daripada PDRM FC

Negeri Sembilan ‘curi’ tiga mata daripada PDRM FC

PENYERANG import Negeri Sembilan, Casagrande (kiri) cuba merampas bola daripada pemain PDRM FC dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.-IHSAN PDRM FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Negeri Sembilan terpaksa bekerja keras sebelum berjaya menumpaskan PDRM FC 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian K Devan merakam kemenangan kali kedua berturut-turut selepas aksi Liga Super kembali bersambung.

Empat minit sebelum babak pertama berakhir, penyerang Negeri Sembilan, Shahrel Fikri Md Fauzi berjaya meledak gol selepas menyempurnakan lorongan menarik Levy Madinda.

Usaha PDRM untuk mencari gol penyamaan akhirnya berhasil apabila Amirul Wa’ie Ya’acob berjaya menyempurnakan hantaran Uche Agba di dalam petak penalti pada minit terakhir permainan.

Ketika aksi seakan-akan berkesudahan dengan keputusan seri, A.Selvan muncul wira Negeri Sembilan apabila menjaringkan gol kemenangan sekali gus memberi tiga mata berharga buat pasukannya.

Skuad Jang sebelum ini berjaya menjinakkan Kuala Lumpur City 2-1 di laman sendiri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya