Malaysia harap keajaiban untuk penuhi misi 40 emas

Malaysia harap keajaiban untuk penuhi misi 40 emas

HOKI wanita yang melayakkan diri ke perlawanan akhir menjadi sasaran untuk menambah pungutan emas Malaysia bersama pasukan lelaki.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Biarpun cemas misi 40 pingat emas yang di­sasarkan tampak sukar untuk dicapai, namun Malaysia berharap ada kejutan dilakukan oleh beberapa sukan yang masih berjuang untuk menyempurnakan sasaran.

Kontinjen negara hanya mempunyai hari ini, esok dan Selasa untuk memburu pingat emas kerana tiada sebarang acara dipertandingkan apabila Sukan SEA 2023 ditutup secara rasmi pada Rabu.

Ketua Kontinjen Negara (CDM), Datuk Nasir Ali belum mahu menekan butang panik kerana beberapa sukan prospek masih berlangsung seperti badminton, hoki padang dan judo, malah Malaysia turut mengharapkan sesuatu yang istimewa dari angkat berat, pingpong, taekwondo, jet ski, catur xiangqi, kickboxing serta e-sukan.

“Memang agak mencemaskan dalam pungutan pingat emas, tetapi kita masih lagi mempu­nyai tiga hari saingan.

 

Lee Xin Jie-Low Yeen Yuan meneruskan misi menambah pungutan  emas Sukan SEA 2023 dengan mara ke suku akhir badminton beregu wanita. – MINGGUAN/AMIR KHALID

“Memang ada beberapa sukan yang kita yakin kita akan dapat seperti hoki, judo dan lain-lain, jadi kita masih tidak hilang keyakinan dan terus optimis untuk terus berjuang kerana apa sahaja boleh berlaku. Kita akan terus sehingga akhir saat.

“Saya telah menghantar (Datuk) Shalin Zulkifli ke jet ski, sebab walaupun kita tahu ini pertama kali mereka bersaing di Sukan SEA, jadi kita tak tahu prestasi mereka, mana tahu mereka mereka dapat membuat kejutan.

“Lubuk emas mungkin tidak ada, tetapi akan ada satu dua lagi sukan yang berupaya meraih pingat emas,” jelas Nasir.

Tambahnya, ketika ini ke­dudukan keseluruhan pingat emas kontinjen Malaysia juga tidak memberangsangkan apabila berada di kedudukan ketujuh, di belakang Filipina yang menghuni tangga keenam.

“Kita cuma sasarkan pingat emas, kita tak meletakkan sasaran dalam kedudukan keseluruhan. Sebabnya kita jatuh adalah disebabkan juga Kemboja secara tiba-tiba naik ke dalam kelompok atasan.

“Kita balik nanti, kita akan buat bedah siasat dan kajian untuk melihat kembali sukan mana yang kita kuat dan yang mana perlu diberi penekanan,” tambah Nasir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya