Khabar gembira bakal menanti Shereen

Khabar gembira bakal menanti Shereen

SHEREEN Samson Vallabouy muncul pelari Malaysia pertama meraih emas 400m wanita Sukan SEA dalam tempoh 24 tahun di Phnom Penh kelmarin. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas cemerlang menjadi pelari Malaysia pertama meraih emas 400 meter (m) wanita Sukan SEA sejak 1999, Shereen Samson Vallabouy menghitung ‘balasan’ yang akan  dinikmati.

Ini kerana atlet yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu memerlukan dana dan bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk dia meneruskan latihan di bumi Uncle Sam itu.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, Shereen sebelum ini sudah mengadakan pertemuan dengan MSN dan menyatakan hasrat untuk meminta sedikit dana untuk dia meneruskan latihan di AS.

“Untuk Shereen, dia melihat sejak berlatih di AS, prestasi dia semakin cemerlang dan dia berhasrat untuk dapatkan sedikit dana untuk teruskan sesi latihan di luar negara.

“MSN sudah menyatakan kepadanya kita akan teliti prestasi dia di Sukan SEA dan kali ini dia berjaya merangkul emas, jadi kita akan bincang dalam masa terdekat untuk lihat bentuk sokongan yang akan diberikan kepada Shereen.

HANNAH Yeoh bersama Shereen Samson Vallabouy.

“Memang kita sasar dia menang emas di Sukan SEA, sekarang dia menang dan kita mesti melangkah ke peringkat seterusnya iaitu bantuan kewangan kepada Shereen.

“Selepas Sukan SEA juga, kita akan melihat dan teliti semua pingat emas dan segala kejutan yang berlaku di Kemboja. Kita akan bantu sukan itu untuk maju lagi,” katanya.

Kelmarin, Shereen menjadi pelari Malaysia pertama tiba di garisan penamat dalam perlumbaan akhir 400m wanita Sukan SEA 2023 dengan mencatat masa 52.53 saat (s), mengetepikan dya atlet Vietnam, Nguyen Thi Huyen (53.27s) dan  Nguyen Thi Hang (53.84s). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya