Hoki wanita hadiahkan emas terakhir Malaysia di Kemboja

Hoki wanita hadiahkan emas terakhir Malaysia di Kemboja

SKUAD hoki wanita Malaysia meraikan kejayaan merangkul pingat emas Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Malaysia mengutip pingat emas terakhir dan ke-34 dalam Sukan SEA 2023 menerusi hoki padang wanita yang menumpaskan Thailand 4-1 pada perlawanan akhir, sebentar tadi.

Begitupun dalam aksi di Stadium Hoki Morodok Techo itu, skuad negara cemas seketika apabila ketinggalan 0-1 menerusi jaringan padang Natthakarn Aunjai seawal minit keempat.

Malaysia hanya memerlukan dua minit sahaja untuk mengikat kedudukan apabila Siti Nur Arfah Mohd. Nor menyempurnkan pukulan sudut penalti pada minit keenam.

Pemain pertahanan, Nuraini Abdul Rashid menggandakan jaringan buat negara pada suku kedua permainan setelah Malaysia diberikan pukulan stroke penalti oleh pengadil pada minit ke 18.

Penguasaan Malaysia semakin menonjol dan kesempatan itu digunakan sebaik mungkin apabila Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad turut melakar nama sebagai penjaring setelah menyempurnakan peluang menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke 29 untuk kedudukan menjadi 3-1.

Nur Afiqah Syahzani Azhar memastikan Malaysia semakin selesa apabila jaringannya pada minit ke 41 menerusi pukulan sudut penalti meletakkan skuad negara 4-1 di hadapan, dan kedudukan itu kekal sehingga tamat wisel permainan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya