Bukan hanya duit dan gaji lumayan- TMJ

Bukan hanya duit dan gaji lumayan- TMJ

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan yang diraih Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mendominasi saingan Liga Malaysia (Liga M) hampir sedekad ini bukanlah hanya disebabkan kuasa wang atau gaji lumayan yang diterima pemainnya.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menjelaskan gaji pemain skuad Harimau Selatan boleh dikategorikan pada tahap kompetitif berbanding pasukan-pasukan Liga M yang ada berbelanja besar hingga RM2.2 juta setahun hanya untuk seorang pemain import.

Tonggak tempatan turut menikmati gaji besar sehingga RM80,000 sebulan sedangkan bintang muda JDT iaitu Arif Aiman Hanapi hanya menerima gaji sebanyak RM25,000 sebulan.

“Kalau nak kata bajet (bajet tinggi), ini saya nak terangkan pasal bajet…semalam saya nak naikkan gaji Feroz Baharudin dengan Arif Aiman, Feroz berbelas ribu sahaja dan Arif Aiman tak sampai RM25,000 pun gaji.

“Tetapi saya tahu juga pasukan-pasukan lawan saya membayar gaji kepada pemain tempatan sampai ke RM80,000 hingga RM90,000. Bukan itu sahaja, pemain import saya Bergson da Silva baru US$300,000 setahun (bersamaan RM1.3 juta).

“Tapi ada (pasukan lain) yang bayar US$500,000 setahun (RM2.2 juta), jadi adakah JDT yang berbelanja atau adakah pasukan lain yang berbelanja,” katanya.

Dalam masa sama, saban tahun , JDT akan sedaya upaya mengurangkan bajet dan perbelanjaan dengan mengeluarkan modal yang besar.

Tunku Ismail mengakui sentiasa berbelanja mengikut kemampuan dengan mengukur baju di badan sendiri, di mana JDT pada musim ini hanya mengikat lapan import sahaja berbanding sembilan yang dibenarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

“Saya berbelanja ikut kemampuan saya dan saya cuba menurunkan belanja duit itu sebanyak mungkin, kerana kami nak kelakan momentum. Macam contoh, kami tak mampu nak ambik sampai sembilan import pun sebab itu kami hanya ambik lapan impot. Jadi awakk kena tengok logik dan fakta,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya