Hanya Aifa, Sivasangari teruskan perjuangan di Birmingham

Aifa, Sivasangari teruskan perjuangan di Birmingham

AIFA Azman (kiri) mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Emilia Soini pada pusingan pertama Terbuka Britain di Kelab Edgbaston Priory, Birmingham, England, awal pagi tadi. - Ihsan britishopensquash
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hanya Aifa Azman dan S. Sivasangari yang masih meneruskan perjuangan mereka ke pusingan kedua pada kejohanan skuasy Terbuka Britain, selepas dua rakan senegara, Rachel Arnold serta Ng Eain Yow tersingkir di Kelab Edgbaston Priory, Birmingham, England, awal pagi tadi.

Aifa yang menghuni ranking ke-26 dunia mengambil masa selama 28 minit untuk menundukkan pemain Finland, Emilia Soini 11-2, 11-7, 8-11, 11-4 pada pusingan pertama.

Menanti anak kelahiran Kedah itu di pusingan kedua ialah pemain No. 14 dunia, Salma Hany dari Mesir.

Turut mengiringi Aifa ke peringkat seterusnya ialah pemain No. 18 dunia, S. Sivasangari yang mengetepikan pemain Hong Kong, Chan Sin Hyuk 11-6, 11-5, 11-7 dalam masa 22 minit.

Dalam pusingan kedua, penuntut Universiti Cornell itu bakal berdepan pencabar berpengalaman iaitu pemain veteran tuan rumah, Sarah-Jane Perry yang berada di kedudukan No. 8 dunia.

Kemenangan ke atas Sin Hyuk itu amat penting buat Sivasangari yang kini bekerja keras untuk mendapatkan prestasi terbaiknya selepas lama berehat akibat ditimpa kemalangan jalan raya pada pertengahan tahun lepas.

Malah, ia turut membantu meningkatkan keyakinannya menjelang Sukan Asia yang akan diadakan di Hangzhou, China, September ini lebih-lebih lagi lawan yang dikalahkannya adalah seteru ketat Malaysia pada temasya itu nanti.

Sementara itu, dua lagi wakil Malaysia iaitu Rachel dan Eain Yow ditunjukkan jalan keluar oleh dua pemain tuan rumah yang mendapat tiket wild card.

Rachel yang menghuni ranking ke-25 dunia itu tewas mengejut ditangan Katie Malliff 8-11, 5-11, 7-11 dalam masa 29 minit.

Sementara, wakil tunggal Malaysia dalam saingan lelaki iaitu pemain No. 21 dunia, Eain Yow pula tumpas straight set kepada Curtis Malik 7-11, 9-11, 5-11 dalam masa 39 minit.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya