Tiket perlawanan terakhir Arsenal cecah RM288,000

Tiket perlawanan terakhir Arsenal cecah RM288,000

PENYOKONG Arsenal teruja untuk menyaksikan kelab itu menjulang trofi Liga Perdana Inggeris apabila menentang Wolverhampton dalam aksi terakhir di Stadium Emirates, London pada 28 Mei ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Keterujaan penyokong Arsenal mahu melihat pasukan mereka menjulang trofi Liga Perdana Inggeris menyebabkan tiket perlawanan terakhir Gunners pada 28 Mei mencecah sehingga 53,000 pound (RM288,000) dalam talian.

Arsenal yang kini meninggalkan Manchester City dengan lapan mata ketika saingan berbaki 10 perlawanan berpeluang merangkul gelaran liga pertama sejak 19 tahun apabila berdepan Wolverhampton di Emirates.

Sebaik sahaja tiket dijual kepada ahli kelab, Selasa lalu ia licin dalam masa beberapa saat.

Beberapa pengguna media sosial melaporkan, mereka melihat tiket dijual 25,000 pound (RM136,000), malah ada yang berkongsi tangkap layar ia dijual sehingga 53,000 pound.

Tiket termahal untuk ‘ka­tegori B’ itu sepatutnya hanya 75.50 pound (RM410.87).

Tiket barisan tengah yang dijual sehingga 53,000 pound sepatutnya boleh dibeli pada harga 41.50 pound (RM225.84).

Bermakna, seorang peminat sebenarnya boleh membeli 1,292 tiket pada harga 53,000 jika mengikut nilai asal.

Arsenal mempunyai 42,000 pemegang tiket bermusim dan Emirates mampu menampung sehingga 60,000. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya