MIAMI: Marta Kostyuk dari Ukraine enggan berjabat tangan dengan Anastasia Potapova selepas dia disingkirkan oleh pemain Russia itu pada pusingan kedua tenis Terbuka Miami semalam.
Potapova yang baru-baru ini menerima amaran rasmi daripada WTA kerana memakai jersi kelab Russia, Spartak Moscow ketika perlawanan di Indian Wells menang 6-1, 6-3, sekali gus bakal berdepan pemain Amerika Syarikat (AS), Coco Gauff esok.
Kostyuk adalah pemain paling lantang mengkritik pencerobohan Russia ke atas Ukraine, dan tahun lalu.
Dia bersama pemain Ukraine lain termasuk Elina Svitolina menuntut komuniti tenis mengecam Presiden Russia, Vladimir Putin.

Dia sebelum ini enggan berjabat tangan dengan pemain Russia, Varvara Gracheva selepas memenangi Terbuka ATX, awal bulan ini, begitu juga pemain Belarus, Victoria Azarenka pada Terbuka AS tahun lalu.
Ditanya mengapa dia tidak berjabat tangan dengan Potapova selepas perlawanan, Kostyuk berkata: “Jelas sekali terdapat ketegangan. Seperti, kami bukan kawan.
“Kami sedang berperang pada masa ini. Terdapat banyak perkara yang saya tidak bersetuju dengan WTA lakukan.
“Kamu bagi dia amaran. Adakah kamu akan gantung seseorang? Saya tak tahu. Saya tak boleh komen sangat. Cuma kelakar.” – AGENSI